AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Friday, 1 January 2016

NATURE EUFORIA - Montaj Pelancaran



Produk Kecantikan berasaskan sumber bahan semulajadi yang berkualiti tinggi.
Sila layari laman web www.natureeuforia.com


.
.
Dapatkan daripada kami sekarang!
.
WhatsApp/Sms
; 013-4079445/013-4619694.
.
.

#NatureEuforia

Tuesday, 22 December 2015

DAPATKAH JUS DELIMA MELAMBATKAN PROSES PENUAAN?




JUS DELIMA & PROSES PENUAAN!

SOPHIE Borland-The Daily Mail | Tarikh:  11-12-2015

Jika kenyataan itu tidak cukup untuk menarik minat anda untuk mencuba jus delima, kini terdapat penemuan di mana jus delima juga boleh membantu melambatkan proses penuaan anda.

Para saintis percaya bahawa makanan berkhasiat yang mempunyai kelebihan untuk mengurangkan lemak yang disimpan di sekeliling perut – yang sering disebut sebagai 'tayar ganti' pada lelaki, atau 'muffin top' di kalangan wanita.

Selepas satu bulan, sukarelawan yang minum sebotol jus buah delima setiap hari diperiksa dan didapati kurang cenderung untuk membangunkan sel-sel lemak di sekeliling perut mereka. Mereka juga mempunyai tekanan darah yang lebih rendah dan mengakibatkan pengurangan risiko serangan jantung, strok dan penyakit buah pinggang.

Para penyelidik dari University of Edinburgh percaya bahawa jus delima boleh mengurangkan jumlah asid lemak dalam darah yang dikenali sebagai asid lemak tidak teresterifikasi atau NEFA. Kajian telah dilakukan kepada manusia dan haiwan  dan hasilnya menunjukkan tahap NEFA yang tinggi adalah berkait dengan simpanan lemak di sekeliling perut dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes tahap 2.

Di dalam eksperimen itu, 24 orang lelaki dan wanita diberikan sebotol 500ml jus delima untuk diminum pada setiap hari selama empat minggu. Para penyelidik mendapati bahawa hampir separuh daripada semua sukarelawan mempunyai tahap NEFA lebih rendah pada peringkat akhir eksperimen tersebut. Mereka juga mendapati bahawa terdapat pengurangan penyimpanan lemak di sekeliling perut. Selain daripada itu, 90 peratus daripada lelaki dan perempuan didapati mempunyai tekanan darah yang lebih rendah pada akhir bulan tersebut.


Dr Emad Aldujaili dan Dr Catherine Tsang, penyelidik utama di Edinburgh University’s School of Health Sciences berkata: " Sememangnya tiada keraguan mengenai jus delima yang memberi manfaat dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular kerana keputusan daripada eksperimen menunjukkan penurunan tekanan darah yang ketara dan konsisten.

Dr Aldujaili menambah: 'Terdapat bukti awal bahawa pengambilan jus delima boleh mempengaruhi lemak di bahagian abdomen. 'Kami percaya bahawa penemuan awal ini memerlukan kajian yang lebih terperinci. Subjek dalam kajian terbaru kami mempunyai indeks jisim badan yang sihat dan seterusnya memberi impak kesukaran untuk membuat pemerhatian dengan lebih lanjut’

'Dalam kajian seterusnya, kami akan menyiasat kesan pada subjek yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes yang akan memberikan kesan atau keputusan yang lebih jelas.'

Dr Aldujaili akan membentangkan penemuannya di International Functional Food meeting di Oxford Brookes University pada bulan depan. Ianya sememangnya diketahui umum bahawa jus delima kaya dengan antioksidan iaitu sejenis bahan kimia yang membantu meneutralkan molekul oksigen yang berbahaya yang dikenali sebagai radikal bebas. Jika ianya dibiarkan, molekul ini boleh merosakkan sel-sel dan menyebabkan penyakit seperti penyakit jantung, kanser dan seterusnya mengakibatkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat. Buah delima juga dikatakan boleh meningkatkan kehidupan seks di mana antioksidan akan dapat meningkatkan jumlah darah yang mengalir ke alat sulit manusia.


Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com

Wednesday, 16 December 2015

Masalah HRT-Hormon Replacement Theraphy




Soalan Dari Pelanggan (Masalah HRT-Hormon Replacement Theraphy):

Assalamu'alaikum. Bolehkah produk olive oil menggantikan peranan HRT untuk mengatasi masalah hormone estrogen? HRT adalah singkatan pada Hormon Replacement Theraphy iaitu terapi pengganti hormon. Terapi ini diberikan kepada wanita yang telah menopaus bagi mengganti hormon estrogen yang menurun. Mohon pencerahan doktor melalui pemakanan Quranic Food. Terima kasih.
                           
 
Jawapan Dari Dr. Hafizah:
 
Wa’alaikumsalam. Pengambilan HRT selepas menopause mempunyai banyak kesan sampingan yang tidak diingini malah membahayakan. Minyak zaitun mempunyai peranan menyeimbangkan hormon dalam tubuh dan mengelakkan dari mendapat simptom-simptom premenopause. Namun ianya bukanlah terapi gantian hormon. Apa yang paling penting, tubuh dan fikiran puan harus selaras menerima proses ini dalam kehidupan. Janganlah sekali-kali kita menginginkan agar semua yang kita ada, kekal seperti dulu kerana tua itu pasti akan menyusutkan tubuh kita sedikit demi sedikit. Penerimaan yang positif itu sendiri memberikan kesan baik pada keseimbangan hormon. Wallahu a'lam.


Jawapan Dari Dr. Salman:
 
Wa’alaikumsalam. Hormone replacement therapy (HRT) dipreskrib oleh doktor bagi individu yang menghadapi simptom menopause/putus haid yang teruk seperti kepanasan badan pada waktu malam, berpeluh, murung serta kekeringan pada alat sulit yang menyebabkan kesakitan. Ianya mengandungi hormon wanita seperti estrogen pada kadar yang boleh mengekalkan fungsi fisiologi wanita yang normal. Beberapa bahan alami juga dikenalpasti mengandungi hormone estrogen ini yang dinamakan phyto-estrogen seperti soya, tofu, tempe, minyak bijan dan kacang peas. Makanan-makanan yang mengandungi unsur-unsur tersebut mampu mengurangkan simptom putus haid seperti yang disebut di atas. 

 
Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com

Monday, 14 December 2015

Masalah Saraf Otak+Schizophrenia




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Saraf Otak+Schizophrenia):

Assalamualaikum Dr. Hafizah dan Dr. Salman. Saya hendak bertanya mengenai anak saya yang berumur 22 tahun mengalami masalah saraf otak. Waktu dahulu, beliau pengidap penyakit Schizophrenia dan sekarang OCD pula. Ketika ini, anak saya bergantung ubat dari pakar sakit jiwa tetapi saya dengan sendiri mengurangkan dos ubatan dari 2 biji ke 1 biji dalam masa setahun. Anak saya dari umur 15 tahun telah mula mengamalkan ubat dari pakar sakit jiwa. Soalan saya, adakah supplement/Quranic Food yang dapat membantu masalah anak saya. Jika boleh, saya tidak mahu anak saya bergantung  sepenuhnya pada ubatan kimia. Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

WaƔlaikumsalam. Bagi masalah gangguan mental tidak ada jalan yang lebih baik dari mengembalikan anak kepada Islam. Suasana di rumah haruslah dijaga. Bangkitkan nur(cahaya) di dalam rumah dengan amalan-amalan yang baik, akhlak yang mulia, kasih sayang yang benar. Jauhi aktiviti-aktiviti lagha(lalai) di dalam rumah, nyanyian-nyanyian yang melalaikan, permainan yang sia-sia dan rancangan-rancangan tv yang tidak membawa faedah. Apabila Nur Allah(Cahaya Allah) menerangi di dalam kediaman kita, kegelapan akan hilang darinya. Pengamalan Quranic Food adalah termasuk dalam amalan-amalan soleh dan ibadah. Tentunya member kesan positif kepada tubuh badannya. Minyak zaitun memberi kesan ketenangan fikiran, cuka teen menolong mengalkalikan darah. Elakkan gula putih 100% dalam kehidupan anak puan kerana ianya sangat bahaya untuk kesihatan neuron saraf manusia. Baiki pemakanan sedikit demi sedikit. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan.


Jawapan Dari Dr. Salman:

WaƔlaikumsalam. Schizophrenia ialah keadaan otak yang tidak normal hasil aktiviti elektrik & hormone yang tidak normal dan keadaannya digambarkan sebagai penyakit gila. Ianya boleh terjadi disebabkan genetik keturunan dan juga hasil tekanan yang tidak mampu diurus dengan baik. Kebiasaannya, ubat yang diberi ialah ubat penenang yang mengelakkan penghidapnya bertindak ganas. Di samping ubat-ubatan, diet pemakanan tertentu boleh diamalkan seperti:

a) Mengambil makanan yang mengandungi kadar Omega-3 yang tinggi seperti ikan salmon, telur, kacang walnut, biji labu dan flexseed.
b) Mengelakkan makanan yang mengandungi kadar Omega-6 yang tinggi kerana ianya akan menurunkan kadar Omega-3 yang diperlukan bagi pembinaan otak.
c) Mengambil makanan yang mengandungi kadar anti-oksida yang tinggi bagi mengurangkan stress pengoksidaan kepada sel-sel otak.


Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com
Sebaran Umum: www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil

Sunday, 13 December 2015

Masalah Penyakit Kawasaki




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Kawasaki):


Assalamualaikum doktor. Saya hendak bertanya mengenai anak saya ini yang menghidapi penyakit Kawasaki dan telah melakukan treatment imunoglobin dan aspirin di PMC. Cuma hendak bertanya, bagaimana cara untuk mengamalkan Quranic Food yang betul untuk kes ini dan saya masih menyusu anak saya. Mohon pencerahan dan terima kasih.

 
Jawapan Dari Dr. Salman:


Wa’alaikumsalam. Kawasaki disease adalah penyakit auto-imun yang menyebabkan radang pada salur darah yang biasa menyerang kanak-kanak. Simptomnya ialah demam diikuti:

1)       - Merah pada bibir dan bahagian dalam mulut.
2)      - Bintik merah pada badan.
3)      - Bengkak dan merah pada tangan.
4)      - Merah pada konjunktiva mata.
5)      - Bengkak pada kelenjar.
 
Rawatan perlu diberi pada peringkat awal agar radang salur darah tidak melibatkan jantung yang membawa kematian. Antara rawatannya ialah immunoglobulin,steroid dan aspirin. Olive oil boleh membantu penyembuhan dengan mengurangkan keradangan pada salur darah serta membetulkan sistem imun badan.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:


Wa’alaikumsalam. Penyakit kawasaki adalah nama yang diberikan kepada penyakit di mana penghidapnya mengalami radang dalam salur darah arteri juga melibatkan nodus limfa, kulit dan membran mukosa di dalam mulut, hidung dan tekak. Kunci kepada perawatannya adalah mengelakkan terjadinya radang dan mempercepatkan penyelesaian proses radang yang sedang berlaku seterusnya mempercepatkan proses kesembuhan. Jauhkan anak dari sebarang bahan kimia baik dari segi susu formula, mandian, losyen dan minyak bayi yang digunakan. Jika ibu menyusukan bayi, ibu juga harus menjaga perkara yang sama. Jaga makan dan bahan kosmetik yang digunakan. Kembalilah kepada cara hidup semulajadi. Melabur kepada pembelian makanan organik. Elak bahan kimia 100% atau sekurang-kurangnya mempunyai niat sebegitu. Semua Quranic Food mempumyai efek anti radang terutamanya Olivie Plus 30x. Cara mengamalkannya adalah dimulai dengan dos kecil dan dinaikkan sedikit demi sedikit. Untuk bayi eloklah diamalkan oleh ibunya. Namun sapuan secara luaran boleh dilakukan pada bayi dengan dicairkan dengan sedikit air. Wallahu a'lam.


Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan Semula: houseofquranicfoods.blogspot.com

Wednesday, 9 December 2015

Masalah Gastrik & Perut Sensitif




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Gastrik & Perut Sensitif):


Assalamualaikum doktor hafizah. Saya mengalami gastrik dan perut sensitif. Asal sahaja makanan yang berangin, masam atau berminyak, pasti mendatangkan masalah pada perut saya. Saya cuba cuka buah tin dan banyak kali sudah saya bancuh dengan air dan campur sahaja sedikit madu. Selepas saya minum, tidak sampai 1 jam perut saya berangin. Kenapa begitu doktor? Setiap kali saya cuba amalkan cuka buah-buahan, memang akan jadi begitu. Minyak zaitun saya amalkan 1 pagi 1 malam manakala Qaseh Gold dan habbatusauda saya amal juga. Boleh doktor bagi pencerahan dan nasihat. Terima kasih.

 
Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Pengambilan cuka teen haruslah diteruskan. Penghasilan gas yang banyak adalah akibat tindakbalas kimia penyembuhan di dalam perut. Jangan sekali-kali disamakan makanan dari segi masamnya atau minyaknya kerana apa yang lebih penting adalah sumbernya. Masam dan berminyak hasil dari ciptaan Allah adalah memberi manfaat manakala hasil dari bahan kimia sintetik ciptaan manusia adalah memudaratkan. Jangan kita tertipu dan sentiasalah bersangka baik dengan segala makanan al-Quran. Elakkan pengambilan makanan proses termasuk roti dan biskut, juga elakkan makan berlebihan. Semoga Allah mengurniakan hidayah melalui kesembuhan.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Penyakit radang selaput perut (gastritis) mempunyai tahap-tahap tertentu bermula dari tahap ringan (mild) hinggalah kepada tahap komplikasi seperti ulser
yang membawa kebocoran perut. Olive oil mampu merawat peringkat awal radang perut dengan meneutralkan asid  hidroklorik seterusnya membentuk lapisan minyak yang mencegah hakisan asid. Dalam kes yang teruk, ianya memerlukan scope/teropong ke bahagian perut untuk memastikan tiada ulser atau pendarahan yang berlaku kerana keadaan tersebut
memerlukan rawatan intensif.

Bagi rawatan gastritis di peringkat awal, rawatan berikut boleh diikhtiarkan:
 
a) Madu asli dicampur air suam diminum semasa perut kosong
b) Minyak zaitun dicampur air suam diminum setiap kali sebelum makan
c) Mengambil oat bersama madu sebagai sarapan
d) Mengambil jus halia setiap hari
e) Mengelakkan makanan yang pedas

Jika simptom masih tidak terkawal, ubatan seperti proton pump inhibitor perlu diambil atas nasihat doktor.
  
 
Sumber: Olive House Medic & Business.