AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Friday, 10 August 2018

ULTRA POP COMBO OLIVE HOUSE | Aafiyat Lifestyle

No automatic alt text available.

KHASIAT SEPOHON ZAITUN DALAM ULTRA POP COMBO 
Bakal menemui anda pada 20 Ogos ini!

No automatic alt text available.

Lebih padat!! Lebih khasiat!! Lebih kualiti!!

Dua produk hebat dalam satu pek dengan satu harga!
Pek eksklusif yang lebih jimat dan mampu milik.

No automatic alt text available.

Gabungan dua produk terhebat Olive House.
Ultra Pop Combo mengandungi Olivie Plus 30X (250ml) dan Olivie Power UP (100g).

No automatic alt text available.
No automatic alt text available.
Pre-order Ultra Pop Combo anda sekarang.
Hanya yang terbaik daripada Olive House!

HOTLINE 013-4619694!!

Saturday, 14 July 2018

SEKARANG MUSIM DURIAN NAK MAKAN DURIAN BOLEH TAK? | Aafiyat Lifestyle



Musim buah datang lagi, kalau 3 bulan lepas durian sekilo dalam RM25, sekarang dah viral durian antara RM3-4.
.
Boleh tak makan durian semasa diet? Durian banyak kebaikkannya cuma kalorinya tinggi itu yang kena berhati-hati. Seulas antara 60-150 kcal bergantung kepada saiz dan ketebalan isinya.
.
Rupanya banyak kebaikkan durian ni, di antaranya:

10 FAKTA MENARIK BUAH DURIAN 
.
1⃣Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50-60kcal. Tidaklah tinggi sangat.
.
2⃣Tinggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.
.
3⃣Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus.
.
4⃣Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat).
.
5⃣Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.
Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualiti memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.
.
6⃣Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-ciuman. 😚
.
7⃣Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.
.
8⃣Kurangkan stress? Bergantunglah kot tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.
.
9⃣Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah teruk sangat.
.
🔟Oklah enjoy musim durian dan makanlah dengan ilmu yang lebih baik.
.
Sekarang kalau ada orang yang cepat buka mulut dan berkata “boleh ke makan durian?” atau “tak tinggi kolesterol ke?”, anda boleh kongsi ilmu dengan mereka.
.
Korang nak makan durian kalau tengah diet ni jangan le bersama pulut, santan, gula, cendol, air garam, gula nanti kalori berganda akibatnya perut semakin gendut.
.
Bila makan durian, abaikan makan tengahari dan malam, lebihkan minum air kosong semoga proses pemerutan berjalan lancar.
.
So? BOLEHKAH MAKAN DURIAN?
.
Jawapannya boleh! Asalkan sekali makan 1-5 ulas dan bukan 1-5 biji durian. Sekali sekala boleh, setiap hari rasanya saya sendiri pun nak muntah🤢
.
.
Ingin perkhidmatan pemakanan secara sihat Aafiyat? Klik sini http://aafiyat.wasap.my 


#share
#like
#ahmadfazriazzaituni
#durian
#diet
#durianviral
#aafiyatlifestyle
#olivehouse

Wednesday, 11 July 2018

KISMIS BERBIJI / RAISIN WITH SEED OLIVE HOUSE | Aafiyat Lifestyle


No automatic alt text available.

Anak anda gemar makan kismis?
Si ibu tak perlu bimbang!

Kismis sangat sesuai untuk dijadikan snek makanan kepada anak-anak!

Ia mengandungi nutrisi lengkap untuk kebaikan tubuh badan dan perkembangan minda anak-anak.

Kismis Olive House yang dibawakan khas dari Uzbekistan merupakan salah satu kismis hitam yang terbaik.

Jom kita selidik apakah proses yang diambil untuk mengekalkan kualiti kismis?

#olivehouse
#aafiyatlifestyle
#aafiyat2u
#kismis
#kismisberbiji

Hotline : 013-4619694

No automatic alt text available.

Saturday, 30 June 2018

PERADUAN AAFIYAT MENANG BERSAMA OLIVE HOUSE | Aafiyat Lifestyle


AAFIYAT MENANG BERSAMA

Terma & Syarat | Aafiyat Menang Bersama

1) OHR Marketing Sdn Bhd ("OLIVE HOUSE") adalah penganjur Aafiyat Menang Bersama ("Pertandingan") ini.

2) Pertandingan ini bermula pada 1 Julai 2018 dan berakhir pada 31 Julai, 2018 pada 23:59 ("Tempoh").

3) Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan berusia 18 tahun dan ke atas seperti yang dinyatakan di Kad Pengenalan Peserta/Pelanggan mulai tarikh pembelian. Kakitangan Headquaters, Pejabat Penyelaras Ejen, Pengurus Ejen, Ejen atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan perniagaan beserta dengan keluarga terdekat adalah tidak layak untuk menyertai pertandingan ini. Keluarga terdekat adalah merujuk kepada pasangan, anak, ibu bapa, mertua ibu bapa dan adik beradik.

4) Untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan ini, Peserta/Pelanggan hendaklah :

i. Pelanggan/Peserta hendaklah membeli satu atau campuran mana-mana produk (“Produk Pertandingan”) iaitu :

a) Olivie Plus 30x (250ml)
b) Olivie Power Up (340g)
c) Jus Delima (1liter) / Jus Delima (250ml) / Pati Delima (350g)
d) Teh Herba Daun Zaitun & Hawthorn (20 uncang)
e) Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan(1botol) / Madu Asli Pergunungan  Kyrgyzstan(3 botol)
f) Kismis Dengan Biji (200g)

ii. Pembelian Produk Pertandingan hendaklah di dalam satu resit daripada mana-mana ejen berdaftar Olive House dengan jumlah minimum pembelian sebanyak RM 150.

iii. Pelanggan akan mengambil gambar resit asal dan menghantar gambar tersebut kepada nombor hotline 013-5000 157 atau 013-5200 157 (selepas ini sebagai Talian Hotline) melalui Whatsapp dengan butiran penyertaan iaitu :

a) Nama Penuh
b) Nombor IC
c) Alamat
d) Email
e) Nama ejen Olive House

iv. Peserta perlu menyimpan resit asal tersebut untuk sebarang tuntutan hadiah.

v. Olive House dengan budi bicara yang mutlak akan memilih 200 pemenang daripada peserta yang memenuhi syarat untuk menerima hadiah berupa baucar petrol sebanyak RM 50.00 seorang. Olive House boleh mengikut budi bicara mutlaknya, menggantikan sebarang hadiah dengan apa-apa perkara yang mempunyai nilai yang sama. Hadiah tidak boleh ditukar atau dipindah milik. Pemenang akan diumumkan melalui telefon atau WhatsApp, pada atau sekitar minggu pertama bulan Ogos 2018 melalui facebook Olive House Headquaters -HQ.

vi. Peserta yang menjadi pemenang akan dimaklumkan melalui telefon selaras/mengikut maklumat yang diberikan oleh peserta. Olive House berhak untuk menggantikan peserta simpanan sekiranya peserta tidak dapat dihubungi dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh penebusan. Jika pemenang (atau mana-mana pemenang gantian) tidak dapat dihubungi, pemenang akan dianggap tidak memenangi hadiah ini. Sekiranya Olive House cuba menghubungi pemenang dan pemenang gantian dan tidak dapat memberikan hadiah kepada pemenang, maka Olive House akan mempertimbangkan hadiah ini sebagai hadiah yang tidak dituntut. Tiada surat-menyurat yang akan dilayan dan keputusan daripada Olive House adalah muktamad.

vii. Olive House berhak untuk mengubah tarikh pengumuman disebabkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada keadaan yang tidak dijangka jika tindak balas yang menggalakkan, dan lain-lain. Jika terdapat pertikaian mengenai identiti peserta dan / atau mana-mana aspek lain dari apa-apa penyerahan peserta, Olive House berhak memutuskan keputusan tersebut, dan keputusannya adalah muktamad, konklusif dan mengikat peserta yang berkaitan.

8.5 Syarat Umum

i. Olive House mempunyai hak untuk membuat penambahan, pindaan, pengubahsuaian kepada Pertandingan ini dan bahan promosinya yang berkaitan, dan / atau membatalkan atau menggantung Pertandingan ini dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu. Sila rujuk facebook Olive House Headquaters - HQ untuk kemas kini terkini mengenai Terma & Syarat dan mekanisme Pertandingan.

ii. Peraduan ini tidak boleh ditebus dengan mana-mana peraduan lain yang dianjurkan oleh Olive House.

iii. Dengan menyediakan maklumat yang diperlukan, Peserta dengan ini bersetuju kepada Olive House dalam memproses data peribadinya untuk Pertandingan ini dan lain-lain aktiviti yang dijalankan oleh Olive House selaras kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) yang dijelaskan di https://www.facebook.com/notes/olive-house-headquarters-hq/notis-data-peribadi-pdpa-ohr-marketing-sdn-bhd/1861167220606291/

iv. Maklumat perserta/ pelanggan boleh dikongsi antara syarikat Olive House dan / atau rakan kongsi perniagaan Olive House, kakitangan, ejen atau berkaitan untuk tujuan ini.

v. Olive House tidak akan bertanggungjawab dalam penyertaan Peraduan, yang telah ditangguhkan atau tidak boleh serahkan disebabkan apa-apa sebab semasa tempoh Peraduan.

vi. Olive House tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa cara kepada mana-mana orang untuk sebarang kerugian atau kerosakan terhasil daripada atau berkaitan dengan Peraduan ini.

vii. Olive House akan mempunyai hak dan budi bicara mutlak menentukan segala perkara berkaitan dengan Peraduan ini (termasuk tetapi bukan mengehadkan kepada kelayakan Peraduan ini) dan keputusan sedemikian akan menjadi muktamad dan terikat pada semua Peserta Peraduan/ Pelanggan. Sebarang surat-menyurat tentang apa-apa perkara berkenaan Peraduan ini tidak akan dilayan.

viii. Olive House mungkin pada bila bila boleh menamatkan Peraduan ini atau meminda mana-mana daripada terma dan syarat Peraduan ini tanpa notis terlebih dahulu dan tanpa memberikan apa-apa sebab.

ix. Terma dan syarat ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan semua pihak bersetuju untuk menyerahkan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia.

Sumber: Olive House Headquarters - HQ




DAPATKAN HANYA DARI PIHAK KAMI SAHAJA!
HOTLINE 013-4619694

Monday, 25 June 2018

STROK PUNCA KEMATIAN KETIGA TERBESAR DI MALAYSIA | Aafiyat Lifestyle

Related image

Strok di Malaysia.

Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.

No automatic alt text available.

Apakah strok?

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

No automatic alt text available.

Apa yang menyebabkan penyakit strok?

Sebab yang biasa berlaku pada pesakit yang mengalami strok adalah disebabkan saluran arteri yang semakin sempit dan keras (atherosclerosis). Plak yang dihasilkan oleh lemak, kolesterol, kalsium, dan bahan-bahan yang lain berkumpul di dalam arteri menyebabkan saluran darah semakin lama menjadi semakin sempit dan menghalang untuk darah mengalir ke otak.

Sekiranya sumbatan berlaku di saluran yang sempit, ‘ischaemic stroke’ akan berlaku. Strok berdarah pula sering berlaku disebabkan tekanan darah yang tidak dikawal yang menyebabkan dinding arteri tidak dapat menampung tekanan tersebut dan menyebabkan kebocoran salur darah.

Faktor-faktor Risiko: Penyakit yang kronik

Keadaan penyakit-penyakit ini menyumbang kepada risiko yang tinggi untuk mendapat strok. Termasuklah

1.Tekanan darah tinggi
2.Tinggi kolesterol
3.Penyakit Kencing manis
4.Kegemukan

Sekiranya anda mengambil langkah selamat untuk mengawal keadaan di atas, ia boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat strok.

Image may contain: food and indoor

Minyak Zaitun membantu mencegah STROK dengan mengamalkan 2 sudu setiap hari.Sama-sama amalkan gaya hidup Aafiyat. Klik http://aafiyat.wasap.my



Saturday, 23 June 2018

BETUL KE MAKAN NENAS MENYEBABKAN KEGUGURAN? | Aafiyat Lifestyle

Makan nanas menyebabkan keguguran. Betul ke?

Larangan memakan buah nanas ketika mengandung telah menjadi salah satu pantang di dalam masyarkat Melayu. Bukan setakat itu, ia juga menjadi larangan di kebanyakkan negara juga. Dikatakan kandungan di dalam nanas boleh mengganggu bayi di dalam kandungan mahupun mengganggu rahim sehingga menyebabkan keguguran berlaku.

Salah satu kompaun yang disyaki boleh menyebabkan keguguran adalah BROMELAIN.

BROMELAIN

Bromelain merupakan kombinasi enzim yang bersifat menguraikan protein(proteolytic) yang berasal daripada bahagian tengah Nanas. Disebabkan kebolehannya menguraikan protein, ia selalu digunakan dalam masakan bagi tujuan melembutkan daging. Kita mengetahui ada sesetengah daging yang liat. Ini kerana kewujudan ikatan diantara protein yang menyebabkan ia sedikit liat. Maka, bromelain boleh menguraikan ikatan diantara protein tersebut dan menyebabkan daging menjadi lembut.

BROMELAIN DALAM PERUBATAN

Ada beberapa penyakit yang boleh menggunakan bromelain untuk tujuan perubatan terutamanya dalam rawatan pengurusan luka(wound management). Sebagai contoh luka yang lambat baik disebabkan diabetes. Penggunaan Bromelain boleh menguraikan sel-sel mati ditempat luka dan membuatkan sel yang hidup tumbuh lebih baik.

Masih tiada lagi kajian yang mampan menunjukkan bromelain boleh digunakan dalam penyakit yang lain.


BROMELAIN MENYEBABKAN KEGUGURAN

Menjadi kepercayaan masyarakat bahawa BROMELAIN boleh menyebabkan keguguran disebabkan kebolehannya menguraikan protein. Ia dikatakan boleh menyebabkan protein di dalam badan bayi diuraikan dan berakhir dengan keguguran. Ada juga yang mengatakan ia menguraikan protein dibahagian servik dan menyebabkan servik lemah.

Tetapi tiada lagi kajian menunjukkan bahawa penggunaan nanas boleh menyebabkan keguguran.
Buat setakat ini, penggunaan bromelain mempunyai tahap ketoksikan yang rendah(low toxicity).


Penyebab kepada Keguguran

Majoriti keguguran adalah disebabkan masalah genetik. Bermaksud ketika persenyawaan ataupun fetus membesar, berlakunya mutasi ataupun kerosakan pada genetik menyebabkan bayi tidak sesuai untuk hidup. Disebabkan masalah genetik tersebut badan sendiri akan menggugurkan bayi tersebut.

Kesimpulan

Tiada lagi kajian yang menunjukkan nanas sebagai penyebab keguguran. Jika nak ambil nanas dipersilakan. Tetapi jika risau anda keguguran, anda boleh elakkan penggunaannya.

Rujukan:
Root of Science
Rajendra Pavan, Sapna Jain, Shraddha, and Ajay Kumar. Properties and Therapeutic Application of Bromelain: A Review. Biotechnol Res Int. 2012; 2012: 976203. Published online 2012 Dec 10. doi: 10.1155/2012/976203