AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Friday, 2 November 2018

5 PANTANG LARANG PESAKIT DIABETES YANG PERLU ANDA 'HAFAL' | Aafiyat Lifestyle


5 PANTANG LARANG PESAKIT DIABETES YANG PERLU ANDA 'HAFAL' | Aafiyat Lifestyle

BEAT DIABETES WITH OLIVE HOUSE in conjunction with World Diabetes Day 2018.

5 PANTANG LARANG PESAKIT DIABETES YANG PERLU ADA 'HAFAL' | Aafiyat Lifestyle
1. AMALKAN PROTEIN DARI AYAM, IKAN, KACANG DAN POTONGAN DAGING MERAH TANPA LEMAK
-
ELAKKAN DAGING YANG DIPROSES ATAU DAGING BERLEMAK SEPERTI SOSEJ DAN SEBAGAINYA

5 PANTANG LARANG PESAKIT DIABETES YANG PERLU ADA 'HAFAL' | Aafiyat Lifestyle
2. AMALKAN ROTI GANDUM, PASTA, BERAS PERANG DAN GANDUM
-
ELAKKAN ROTI PUTIH, BISKUT DAN PASTRI

5 PANTANG LARANG PESAKIT DIABETES YANG PERLU ADA 'HAFAL' | Aafiyat Lifestyle
3. AMALKAN YOGURT, SUSU, KEJU YANG TIDAK DITAMBAH BAHAN PERASA
-
ELAKKAN TENUSU PENUH LEMAK

5 PANTANG LARANG PESAKIT DIABETES YANG PERLU ADA 'HAFAL' | Aafiyat Lifestyle
4. AMALKAN HIDANGAN KECIL BUAH PEAR, EPAL, OREN, BUAH BERI DAN LAIN-LAIN
-
ELAKKAN JELI DAN JUS BUAH DENGAN GULA TAMBAH

Image may contain: text5 PANTANG LARANG PESAKIT DIABETES YANG PERLU ADA 'HAFAL' | Aafiyat Lifestyle
5. AMALKAN BAYAM, TOMATO, TIMUN, BROKOLI, BUNGA KOBIS, ASPARAGUS
-
ELAKKAN SAYUR GORENG, DAN DILAPISI TEPUNG ROTI

-
-
-

Jangan lupa layari blog Olive House Bukit Mertajam untuk pelbagai maklumat lanjut berkenaan produk & kesihatan 😄 
.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh klik sini http://aafiyat.wasap.my

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat

Thursday, 1 November 2018

NOVEMBER: DIABETES AWARENESS MONTH | Aafiyat Lifestyle


NOVEMBER: DIABETES AWARENESS MONTH | Aafiyat Lifestyle

MALAYSIA MEMPUNYAI KADAR DIABETES TERTINGGI DI ASIA!!!
.
Malaysia mempunyai jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes yang tertinggi di Asia dan antara yang tertinggi di dunia selepas Arab Saudi, kata pengerusi eksekutif Institut Diabetes Kebangsaan (NADI) Datuk Dr Mustaffa Embong.
.
Beat Diabetes bersama Olive House, mulakan hari anda dengan amalkan pemakanan sihat. Nantikan pelbagai info dan tips memerangi diabetes daripada Olive House.
.
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat
.
Klik http://houseofquranicfoods.blogspot.com


Wednesday, 31 October 2018

ALERGI KEPADA VITAMIN C TAPI INGIN MENCUBA MZ. INI PENJELASANNYA. I Aafiyat Lifestyle

ALERGI KEPADA VITAMIN C TAPI INGIN MENCUBA MZ. INI PENJELASANNYA. I Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pengguna 

Assalammu’alaikum doktor. Saya ingin penjelasan mengenai kandungan dalam Olive Oil yang ada Vitamin C dalam bentuk apa kerana saya allergic dengan limau, cuka, nenas & kandungan yang masam seperti jeruk @ buah-buahan. Seperti yang saya nyatakan kebanyakan Olive Oil boleh digunakan untuk minyak masakan & yang Olive Oil  ini hanya untuk diminum dan apa perbezaannya?

Nota kecil: Pesakit ini sekarang dalam pantang dan rawatan.Tidak boleh ambil mkanan seperti di atas. Dia ingin mencuba MZ tetapi ada vitamin C. Boleh bagi pencerahan. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Alergik kepada vitamin C:
Alergik merupakan reaksi tubuh kepada bendasing luaran di sebabkan ketidakstabilan sistem imun yang terlampau sensitif. Simptomnya ialah kegatalan, bengkak dan yang berbahaya ialah sesak nafas (anaphylactic shock). MZ & SCT dengan fungsi immuno-modulator boleh menstabilkan kembali sistem imun. Ambil dalam jumlah yang sedikit, kemudian perhatikan simptom. Sekiranya tidak timbul simptom2 di atas, boleh diambil seperti biasa. 

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Masalah allergic vitamin C: Allergy adalah disebabkan sistem imuniti yang terlalu sensitif terhadap sesuatu bahan. Kandungan vitamin C dalam MZ tidaklah sama dengan bahan2 lain. Dan ianya rendah sahaja, MZ boleh membaiki sistem imun. Namun jika khuatir, bolehlah ambil dos kecil dahulu dan dinaikkan sedikit demi sedikit. 


Sumber: Olive House Medic & Business.
ALERGI KEPADA VITAMIN C TAPI INGIN MENCUBA MZ. INI PENJELASANNYA. I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Tuesday, 30 October 2018

MZ SEBAGAI UBAT TITIS MATA? BOLEH KER? I Aafiyat Lifestyle

MZ SEBAGAI UBAT TITIS MATA? BOLEH KER? I Aafiyat Lifestyle


Soalan Dari Pengguna 

Assalam’ualaikum doktor. Pelanggan bertanya minyak zaitun olive house bolehkah dititik di mata. Katanya, petua yang diberi dapat menyembuhkan selaput mata yang menyebabkan penglihatan kabur. Mohon penjelasan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Tiada maklumat yang saya ada mengenai MZ untuk ubat titik mata. Namun, saya yakin ianya boleh dilakukan. Nasihat saya, campurkan dengan air jika ingin mencuba.
Apa yang biasa dilakukan untuk sakit mata adalah menitikkan air madu ke dalam mata. Ini sudah dibuktikan!
Ada juga seorang doktor di egypt yang menggunakan peluh sebagai ubat titik mata hasil tadabbur surah Yusuf di mana penglihatan Nabi Yaakob a.s. pulih selepas menyapu baju Nabi Yusuf a.s. ke matanya. Wallahua'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

MZ sebagai ubat titis mata:

MZ selamat digunakan sebagai ubat titis mata terutamanya bagi masalah selaput mata depan yang kering (keratoconjuctivitis sicca). Untuk masalah kanta mata (cataract) dan retina (bahagian mata belakang), sila dapatkan rawatan pakar ophthalmology. 

Sumber: Olive House Medic & Business.
MZ SEBAGAI UBAT TITIS MATA? BOLEH KER? I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Monday, 29 October 2018

TELINGA BERDENGUNG? BOLEH KER TITIK MZ KE DALAM TELINGA? I Aafiyat Lifestyle

TELINGA BERDENGUNG? BOLEH KER TITIK MZ KE DALAM TELINGA? I Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pengguna 

Assalam’ualaikum. Doktor customer tanya masalah telinga berdengung dan sakit sesuai dan boleh tak MZ dititikan  ke dalam telinga?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Telinga berdengung:
Telinga berdengung kebiasaannya merupakan petanda awal kepada masalah pekak sensorineural disebabkan biasa terdedah kepada bunyi yang bising atau kolesterol berlebihan yang mendap kepada saraf pendengaran. Dicadangkan supaya pesakit membuat saringan ujian pendengaran bagi memastikan yang ianya berdengung disebabkan masalah di atas semata-mata dan bukan masalah ketumbuhan telinga dalam seperti cholesteatoma atau acoustic neuroma. Tiada rawatan khusus dari doktor, maka amalkan MZ & SCT. Titikkan juga MZ ke dalam telinga 2 kali sehari. 

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Masalah telinga berdengung dinamakan tinnitus dalam bahasa perubatan. Ianya mempunyai banyak sebab yang tidak spesifik dan mungkin juga menandakan penyakit yang lain dalam tubuh. Maka rawatan haruslah secara holistic tiada salah menitikkan minyak zaitun ke dalam telinga, namun eloklah disertai dengan pengambilan harian MZ dan juga transformasi makanan seharian.

Sumber: Olive House Medic & Business.
TELINGA BERDENGUNG? BOLEH KER TITIK MZ KE DALAM TELINGA? I Aafiyat Lifestyle

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Sunday, 28 October 2018

SALAH MAKAN SAMPAI BENGKAK SENDI? JOM AMALKAN MZ. I Aafiyat Lifestyle.



SALAH MAKAN SAMPAI BENGKAK SENDI? JOM AMALKAN MZ. I Aafiyat Lifestyle.


Soalan Dari Pengguna Minyak Zaitun:

Assalammu’alaikum. Sahabat saya gout/radang sendi. Salah makan akan bengkaklah sendi²nya terutama kaki hingga tak boleh jalan. Amalan yang sepatutnya macam mana dengan MZ?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Radang sendi/gout:
Secara asasnya ianya adalah penyakit di mana terdapatnya inflamasi pada sendi. Inflamasi (proses pertahanan tisu dari kerosakan yang berterusan). Dalam kes gout, asid urik menjadi terlalu tinggi dalam darah dan seterusnya bergumpal menjadi kristal di sendi. Bukan semua orang yang mempunyai paras asid urik yang tinggi akan terkena gout. Menurut kajian hanya 10% dari mereka yang mempunyai paras asid urik yang tinggi (hyperuricemia) akan terkena gout. Menurut kajian, 90% dari kes ini disebabkan ginjal gagal mengeksresi asid urik ini, hanya 10% disebabkan penghasilan dari makanan.

Maka sekali lagi ianya adalah masalah pada buah pinggang disebabkan pemakanan kita yang terlalu banyak menghasilkan perubahan kimia dan seterusnya penghasilan radikal bebas maka lebih banyak sel yang akan musnah dan buah pinggang harus menyeimbangkan banyak perkara seperti pH darah, paras elektrolit dan pelbagai lagi lalu ini juga mengganggu ekskresi asid urik.

Remedinya:

Berhenti ambil ubat tahan sakit kerana ubat ini menyekat proses inflamasi. Kita tidak mahu inflamasi berhenti sekiranya terdapat ancaman kepada sel, inflamasi memelihara sel kita.

Jadi apa yang patut kita buat adalah membantu badan agar punca proses inflamasi itu dikeluarkan dan mempercepatkan inflamasi yang sedia ada agar ia selesai dan proses baik pulih akan berlaku.

Minyak zaitun akan menolong  mengawal penghasilan radikal bebas. Sapukan juga minyak zaitun disendi yang terlibat.

Bekam akan mempercepatkan penyingkiran sisa-sisa inflamasi keluar dari tubuh dan juga membantu fungsi buah pinggang membuang asid urik berlebihan.

Antara remedi lain adalah kunyit hidup iaitu sebanyak 250mg hingga 500 mg, 3 kali sehari. Juga boleh dicuba bijan (sesame seed) sebanyak 40gram sehari (4 sudu besar). Allah S.W.T.tidak menurunkan penyakit kecuali Allah telah menurunkan penawarnya. Semuanya telah tersedia. Just search and try. We don't need invention.

Di samping itu, cuka teen juga boleh tolong tubuh mengekalkan pH alkali darah (7.35-7.45). Dan ini mengurangkan pembentukan deposit kristal asid urik pada sendi malah menolong menghancurkan kristal yang sudah terbentuk.

Selain meminum cuka, sendi yang terlibat boleh direndam dalam air cuka tersebut atau pun cuka boleh disapu terus pada sendi yang terlibat.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Arthritis/radang sendi:

Radang sendi berlaku di sebabkan beban yang berat secara berterusan kepada sendi ataupun autoimun iaitu sistem tubuh sendiri menyerang dan memusnahkan sendi. Bagi gout,pembentukan tophi atau garam kristal di dalam sendi menyebabkan kesakitan ketika bergerak dan bengkak sendi luaran. Terdapat 200 jenis arthritis dan majoritinya tiada rawatan khusus selain steroid bagi merencatkan proses inflammation.

Olive oil yang mempunyai oleocanthal mempunyai aktiviti yang sama seperti ubat penahan sakit dan Omega-6 sebagai pelincir bagi sendi. Gantikan semua minyak dgn olive oil. Bagi rawatan khusus,rendamkan kobis di dalam olive oil dan tekap kepada sendi yg terlibat dan balut selama 3 jam.

Dos pengambilan untuk penyakit ini, 2 sudu fig vinegar + 1 sudu madu di larut di dalam 1 gelas air di minum 2 kali sehari. Sifat pengalkalian campuran tersebut mampu menyingkirkan toksin dan mengawal arthritis.

Sumber: Olive House Medic & Business.

SALAH MAKAN SAMPAI BENGKAK SENDI? JOM AMALKAN MZ. I Aafiyat Lifestyle.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my