AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Thursday, 6 December 2018

MASALAH BENJOLAN PADA PAYUDARA | Aafiyat Lifestyle


MASALAH BENJOLAN PADA PAYUDARA | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Benjolan Pada Payudara):

Assalamualaikum doktor. Kawan saya ada benjolan yang sangat sakit di payudara kanan. Doktor pakar telah sahkan bukan kanser. Bagaimana minyak zaitun membantu dan cara pengambilannya? Terima kasih atas pencerahan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Biasanya, ketulan di payudara terjadi akibat gangguan hormon estrogen. MZ boleh membantu menstabilkan paras hormon dalam darah. MZ juga boleh disapu pada bahagian payudara yang terlibat. Namun, kemasukan estrogen dari luar hendaklah dikurangkan. Xenoestrogen (estrogen luaran) ini terdapat dalam racun rumpai dan racun serangga yang kita gunakan, bahan kimia dalam syampoo, sabun, deodorant dan alat solek. Bertukarlah kepada produk alami tanpa bahan kimia. Ayam bandar yang disuntik hormon juga merupakan punca yang menyebabkan keadaan ini. Bertukarlah kepada ayam organik. Wallahu’alam.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Pembentukan ketulan di payudara biasanya bergantung kepada hormon estrogen yang tinggi secara berterusan dan tidak distabilkan oleh hormon progesteron. Risiko lebih tinggi bagi wanita yang lambat berkahwin dan lambat mendapat anak. Pengambilan MZ menstabilkan hormon wanita seterusnya menghalang pembesaran ketulan di payudara serta sifat anti-carcinogen mencegah perubahannya ke arah kanser.

MASALAH BENJOLAN PADA PAYUDARA | Aafiyat Lifestyle


Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Wednesday, 5 December 2018

MASALAH MUKA SENGET+STROK | Aafiyat Lifestyle


MASALAH MUKA SENGET+STROK | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Muka Senget+Strok):

Assalamualaikum doktor. Anak lelaki saya berumur 19 tahun, apabila bangun pagi, sebelah kanan bahagian muka tidak dapat bergerak balas seperti strok. Apabila minum air, air akan meleleh keluar tetapi tidak pada sebelah kiri. Apakah yang perlu saya lakukan? Minta nasihat doktor mengenai rawatan & pemakanan yang diperlukan?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Strok muka sebelah kanan, keadaan ini dinamakan Bell's Palsy iaitu keadaan di mana saraf kranium ke-7 gagal berfungsi. Jadi, rawatan adalah tertumpu kepada usaha untuk merangsang semula saraf ini. Proses healing akan sentiasa berlaku dalam tubuh kita. Apa yang kita perlu buat hanyalah berikan nutrisi yang baik. Elakkan makanan proses 100% dan juga elakkan gula putih, gandum dan susu komersil. Gantikan kebanyakan diet harian dengan buah-buahan. Ambillah nasi dengan kuantiti sedikit sahaja..

MZ dan SCT diamalkan (minum) dan disapu di kawasan pipi bahagian yang terlibat. Bekam juga boleh dilakukan bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Akupunktur juga boleh digunakan untuk merangsang saraf di muka kembali. Yang penting, sentiasa positif dan bersangka baik dengan Allah juga banyakkan taubat dan istighfar dan selepas ini haruslah bermuhasabah tentang makanan kita yang halal dan thoiyyibah Wallahu’alam.
*Nota tambahan: Bell's Palsy adalah diagnosis of exclusion bermakna pesakit haruslah diperiksa dan tiada gejala untuk kemungkinan penyakit lain seperti ketumbuhan di otak (mungkin kerap pening sebelum ini) dan lain-lain. Wallahu’alam.

Jawapan Dari Dr. Salman:


Wa’alaikumsalam. Keadaan di atas dinamakan Bell’s palsy yang berlaku disebabkan bengkak saraf muka yang melalui telinga dalam (facial nerve edema). Puncanya yang mungkin ialah jangkitan virus atau hentakan ke bahagian tepi kepala. Rawatan di hospital ialah steroid selama 2 minggu bagi mengurangkan bengkak dan antivirus seperti acyclovir. Terus amalkan MZ dengan dos yang tinggi (4 sudu sehari) selama 6 bulan kerana rawatan dengan steroid hanya mampu merawat 50% kes. Bagi senget muka yang disebabkan oleh hentakan, pembedahan bagi membuka saraf muka melalui telinga diperlukan apabila steroid gagal memberi kesan.

MASALAH MUKA SENGET+STROK | Aafiyat Lifestyle


Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my


Tuesday, 4 December 2018

MASALAH TARIK MENGKARUNG + 'KREM' | Aafiyat Lifetsyle


MASALAH TARIK MENGKARUNG + 'KREM' | Aafiyat Lifetsyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah ‘Tarik Mengkarung’+’Krem’):

Assalamualaikum doktor. Saya kerap terjadinya ‘tarik mengkarung’ pada betis & jari-jari kaki. Terlampau kerat sangat sekarang ini sehingga ‘krem’. Mengapakah ia selalu kerap berlaku? Bagaimana MZ/SCT dapat membantu?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Masalah 'cramp' dan tarik mengkarung biasanya disebabkan otot yang bermasalah. Ini juga berkaitan dengan sensitivity gluten dan elakkan gandum, gula putih dan susu.
Banyakkan pemakanan sihat di samping MZ dan SCT, contohnya chia seed, sesame seed, kunyit hidup dan lain-lain. Tolong hentikan tabiat menggunakan susu pekat manis untuk membancuh minuman.
Untuk pengetahuan semua, gula putih yang kita makan akan menyebabkan mineral dalam tulang dan otot terpaksa dikeluarkan untuk menyeimbangkan semula komposisi darah akibat mengambil gula putih yang tidak seimbang mineralnya. Lama-kelamaan, keupayaan otot dan tulang akan berkurangan. Wallahu'alam.

Jawapan Dari Dr. Salman:


Wa’alaikumsalam. Masalah kejang saraf mungkin disebabkan oleh penyempitan pada jalan keluar saraf dari tulang belakang (nerve entrapment) yang menyebabkan sakit dan kejang sepanjang peha hingga ke kaki (sciatic pain) atau ketidakstabilan garam elektrolit seperti sodium di dalam badan. Jika puncanya ialah tulang belakang yang menekan saraf, boleh dicuba rawatan kiropraktik bagi membetulkan alignment tulang belakang. Makan MZ dengan dos yang tinggi bagi mengurangkan radang saraf yang terlibat serta amal SCT untuk keseimbangan garam elektrolit.

MASALAH TARIK MENGKARUNG + 'KREM' | Aafiyat Lifetsyle

Sumber: Olive House Medic & Business.


UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Monday, 3 December 2018

MINYAK ZAITUN VS TUMIT KAKI BERMASALAH & THYROID | Aafiyat Lifestyle


MINYAK ZAITUN VS TUMIT KAKI BERMASALAH & THYROID | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Thyroid & Tumit Kaki):

Assalamualaikum doktor. Saya ada dua masalah;

1) Minta cadangan/saranan doktor2 mengenai amalan MZ untuk pesakit thyroid.
2) Tumit kaki berasa sakit apabila pijak lebih-lebih lagi waktu pagi. Mengapakah doktor? Adakah MZ boleh hilangkan kesakitan ini?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam.

1) Penyakit thyroid disebabkan ketidakseimbangan rembesan hormon thyroid. Kebanyakan yang berlaku hari ini disebabkan gluten sensitivity. Elakkan makanan proses, gandum, gula putih dan susu. Amalkan MZ bermula dengan dos kecil dan SCT juga boleh diambil sekali.

2) Sakit di tumit biasanya akibat lebihan tulang yang menumbuh dipanggil bone spur (calcaneus). Ini akibat mineralisasi tulang yang berlaku secara tidak seimbang dan MZ memang sangat baik untuk masalah ini, di mana MZ membekalkan khasiat di samping membantu dalam proses inflamasi. SCT juga harus diambil sebagai bekalan mineral tubuh. Wallahu'alam.



Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam.

1) Untuk masalah radang tiroid (thyroiditis), MZ merupakan makanan terbaik bagi mengurangkan keradangan yang berlaku. Bagi masalah hypo/hyperthyroid (hormon tiroid berlebihan/kurang) sila rujuk pakar endokrin. Bagi masalah kanser tiroid, sila rujuk pakar bedah leher. Apa saja rawatan yang dicadangkan oleh doktor, gabungkan dengan Quranic Food bagi hasil yang terbaik.

2) Untuk masalah sakit tumit mungkin disebabkan oleh radang selaput kaki (plantar fasciitis) atau tulang kalkaneum pada tumit yang mengalami ketumbuhan berlebihan (bony spur). Rawatan biasa ialah ubat tahan sakit dan pembedahan bagi membuang tulang yang lebih jika sakit berterusan oleh pakar ortopedik/tulang. Amalkan MZ bagi mengurangkan pergantungan kepada ubat tahan sakit dan radang selaput kaki.

MINYAK ZAITUN VS TUMIT KAKI BERMASALAH & THYROID | Aafiyat Lifestyle


Sumber: Olive House Medic & Business.



UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my

Sunday, 2 December 2018

MASALAH KENCING TIDAK LAWAS | Aafiyat Lifestyle


MASALAH KENCING TIDAK LAWAS | Aafiyat Lifestyle

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kencing Tidak Lawas):

Assalamualaikum doktor. Bagaimana hendak menangani masalah kencing tidak lawas dengan pengamalan MZ/SCT?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Kencing tidak lawas mempunyai banyak sebab. Sekiranya lelaki, biasanya disebabkan masalah prostate yang membesar dan ini memang sesuai sangat mengamalkan MZ. Baik juga ditambah dengan minyak kelapa dara.
Bagi wanita, ia biasanya disebabkan masalah kelemahan otot detrusor iaitu salah satu otot pundi kencing. Kunci untuk rawatan adalah menguatkan kembali otot ini, maka MZ dan SCT memang membantu.
Amalkan pemakanan yang sihat dan lakukan senaman pelvik. Senaman pelvik terbaik adalah hubungan suami isteri. Begitulah Allah meletakkan tujuan dalam setiap perbuatan. Maha Suci Allah dari segala kelemahan. Boleh juga belajar senaman Kiegel atau senaman kemut dari klinik-klinik terdekat dan bekam juga amat membantu.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Pundi kencing dikawal oleh saraf tulang belakang. Jika berlaku hentakan (spinal shock) masalah ini mungkin bersifat kekal (neurogenic bladder).
Bagi tidak lawas kencing disebabkan bengkak kelenjar prostat sehingga memerlukan tiub kencing, pembedahan TURP diperlukan. Bagi kencing tak lawas disebabkan batu karang pula, SCT merupakan makanan terbaik bagi memecahkan batu karang yang kecil dengan kandungan acetic acidnya mampu menstabilkan pH air kencing, manakala batu karang yang besar memerlukan pembedahan.

MASALAH KENCING TIDAK LAWAS | Aafiyat Lifestyle

Sumber: Olive House Medic & Business.

UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my



Friday, 30 November 2018

MASALAH PNEUMONIA-PARU-PARU | Aafiyat Lifestyle

MASALAH PNEUMONIA-PARU-PARU | Aafiyat Lifestyle
MASALAH PNEUMONIA-PARU-PARU | Aafiyat Lifestyle


Soalan Dari Pelanggan (Masalah Pneumonia-Paru-Paru):

Assalammu'alaikum doktor. Pesakit ini menghidapi pneumonia, tidak boleh berjalan dan urat-urat keras. Baru keluar dari hospital, bolehkah hendak amal MZ/SCT? Bagaimanakah caranya?

Jawapan Dari Dr. 
Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Semua manusia boleh amalkan Quranic Food, untuk penyakit apa pun. Namun, kesembuhan itu tetap ditangan Allah. Bagi pneumonia, MZ dan SCT dapat meningkatkan keupayaan sistem imun untuk melawan jangkitan paru-paru. Mulakan dengan dos kecil dan naikkan perlahan-lahan. Wallahu’alam.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Untuk pneumonia, ianya bermakna jangkitan kuman dari salur pernafasan atas sudah melarat ke bawah melibatkan paru-paru. Antibiotik diperlukan bagi membunuh kuman dalam tempoh yang singkat untuk mengelakkan kegagalan paru-paru yang membawa kematian. MZ dengan kemampuan antimicrobial dan anti-inflammatory mempercepatkan proses penyembuhan. SCT pula mengekalkan kadar asid-alkali yang seimbang di dalam badan kerana masalah paru-paru menyebabkan kadar ini terganggu.
Bagi masalah urat keras dan tidak boleh berjalan, saya kurang jelas apa yang dimaksudkan. Adakah pesakit pernah mengalami strok yang menyebabkan kelemahan anggota ataupun disebabkan oleh garam elektrolit yang tidak seimbang.

MASALAH PNEUMONIA-PARU-PARU | Aafiyat Lifestyle

                                      Sumber: Olive House Medic & Business.


UNTUK PERTANYAAN LANJUT, klik sini http://aafiyat.wasap.my