AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Sunday, 6 December 2020

BOLEHKAH MINYAK ZAITUN MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN DAN MENCEGAH OBESITI? | Aafiyat Olive House

 

Kredit Gambar: ECR OH

MINYAK ZAITUN OLIVIE POWER UP

MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN & MENCEGAH OBESITI

Banyak makan lemak yang sihat merupakan kunci kepada pengawalan insulin yang berlebihan yang merupakan sejenis hormon yang mengawal kandungan gula dalam darah.

Ia menjadikan kita dapat mengurangkan berat badan walaupun kita telah mengurangkan pengambilan kalori dan bersenam.




Sebarang pertanyaan/pembelian, klik link dibawah:


Atau boleh walk in ke Olive House Bukit Mertajam, Jalan Baru, Pulau Pinang. (Berdekatan pasaraya LONGWAN dan MYDIN Bukit Mertajam) Kalau anda jauh, kita boleh pos dengan selamat!

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat

Saturday, 5 December 2020

MENGAPAKAH MAKANAN ORGANIK DIKATEGORIKAN SEBAGAI MAKANAN 'MAHAL' ?? JOM BACA DIBAWAH.. Aafiyat Olive House

 APA itu makanan organik?

Kini semakin ramai yang sedar akan kelebihan mengambil makanan organik. Secara amnya, pengguna yang membeli makanan organik adalah kerana mementingkan kesihatan, rasa dan keselamatan makanan tersebut.

Menurut kajian, mereka yang mengalami alergi kepada makanan, bahan kimia atau pengawet selalunya akan mengalami simptom yang berkurangan apabila mengambil makanan organik sahaja.

Bapak teori organik ialah Dr Henry Chang menyatakan makanan organik adalah produk pertanian yang bebas dari sebarang bahan kimia.Organic bermaksud "berasal dari tanah" dan memiliki kandungan gizi yang lebih baik.Makanan organik diperbuat mengikut piawaian pengeluaran tertentu, iaitu ditanam tanpa penggunaan racun perosak dan baja buatan manusia, bebas dari pencemaran akibat sisa manusia atau industri,

Makanan organik rata-rata mempunyai kandungan vitamin C, mineral, serta phytonutrients (bahan dalam tanaman yang dapat melawan kanser) .Makanan organik lebih tahan lama hingga tidak mudah basi.Tetapi makanan organik ini harganya agak mahal.

Adakah anda membeli makanan organik sebagai makanan pilihan? iaitu mengubah cara pemakanan yang lebih sihat.Selalu makanan yang mana sering menjadi pilihan bila berada di "ZONE ORGANIK''?
Produk keluaran OLIVE HOUSE juga tergolong didalam kategori makanan organik.


Untuk pengetahuan anda..
Produk keluaran OLIVE HOUSE juga tergolong didalam kategori makanan organik.


jom kita beralih ke makanan organik yang lebih sihat..

Friday, 4 December 2020

SIRI 3..𝑵𝒖𝒕𝒓𝒊𝒆𝒏 𝑯𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏, 𝑺𝒖𝒂𝒕𝒖 𝑷𝒆𝒓𝒋𝒖𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏! |Aafiyat Olive House

 Maka,

Kami ingin menyarankan pemberian Minyak Zaitun sebagai sumber Lemak Sihat setiap hari kepada anak-anak untuk menyokong fungsi Sistem Imuniti (terutama dalam suasana Pandemik sekarang ini), kesihatan Sistem Tulang dengan tinggi Nutrisi Vitamin D serta untuk perkembangan minda yang sihat juga.
Ibu bapa sekalian juga boleh berikan Nutrisi Zat Besi kepada anak-anak daripada Cuka Buah Asli.
Boleh dapatkan Cuka Tin (Keluaran Olive House) yang tinggi sumber Zat Besi untuk kekalkan kecergasan tubuh badan serta membantu kesihatan usus.
Sementara untuk sarapan yang berkualiti pula, boleh hidangkan mereka dengan Minuman Oat yang tinggi Vitamin B1, Protein dan Serat juga untuk kecergasan berpanjangan.
Ini adalah lebih baik berbanding Nasi Lemak mahupun Roti Canai Yang Tinggi Kalori.
Justeru, marilah sama-sama kita lunaskan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan penyediaan Pemakanan Harian yang Bernutrisi tinggi untuk kehidupan yang lebih Aafiyat.



SIRI ke 2 : 𝐀𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐧𝐮𝐭𝐫𝐢𝐬𝐢? Jom sama-sama kita baca.. |Aafiyat Olive House

 𝐀𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐧𝐮𝐭𝐫𝐢𝐬𝐢?

Ia dikaitkan dengan berlebihan atau kekurangan pengambilan makanan seimbang secara harian oleh individu atau populasi, seperti di kalangan kanak-kanak sekolah.
Mereka berada dalam situasi ‘malnourished’.
Contohnya, kekurangan Nutrisi makanan jenis Protein yang diperlukan untuk perkembangan dan pembinaan tubuh badan serta otot yang sihat.
Sekiranya tubuh badan tidak dapat menerima tenaga yang mencukupi daripada Nutrisi makanan yang diambil, sudah pasti berat badan akan menurun dan kekurangan jumlah otot juga akan berlaku.
Sewajarnya, 28.5% daripada 32.6 juta penduduk Malaysia yang merupakan kanak-kanak (bancian penduduk 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia) ini adalah aset penting yang perlu dilindungi dengan baik.
Oleh itu, Sempena Hari Kanak-kanak Sedunia yang disambut pada 20 November setiap tahun, kita semua sebagai ibu bapa perlu lebih peka terhadap tanggungjawab menjaga kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak pada hari ini sebagai persediaan menerajui negara di masa hadapan.
Salah satunya ialah dengan mendedahkan mereka kepada Pemakanan Harian yang sihat untuk kehidupan yang lebih sihat.
Seawal usia 1-6 tahun (‘pre-school’), kadar tenaga berdasarkan kalori sangat diperlukan untuk aktiviti harian dan tumbesaran anak-anak.
✅
Ibu bapa perlu fokus kepada pemberian makanan yang mengandungi Karbohidrat (kurangkan jenis berproses), Protein, Lemak Sihat dan ‘Essential Fatty Acid’ (seperti di dalam Minyak Zaitun), Serat, Mineral Kalsium, Zat Besi, Vitamin A, C. D, B1, B2.
✅
Makanan harian haruslah berkualiti dan dipelbagaikan bentuk persembahannya untuk mengelakkan situasi seperti ‘Picky Eaters’ dan ‘Dental Problems’,
✅
Dengan penyusunan yang baik kepada pemberian makanan ini, situasi seperti kurang berat badan, sembelit, masalah berkaitan gigi dan juga risiko obesity dapat dikurangkan serta dielakkan.
Ketika anak-anak telah memasuki alam persekolahan (6-12 tahun), pemakanan harian yang berkualiti juga perlu diberikan perhatian.
✅
Sarapan pagi yang berkualiti amat penting agar tubuh anak-anak lebih bersedia dan bertenaga untuk melalui hari persekolahan.
✅
Nutrisi penting ialah Karbohidrat (elakkan yang berproses), Protein, Lemak Sihat (terutamanya ‘Essential Fatty Acid’), Mineral seperti Zat Besi, Kalsium, Iodin, Vitamin A, B dan C serta Serat. Pengambilan Air Masak @ Putih yang mencukupi juga sangat penting untuk atasi Dehidrasi dan melancarkan fungsi keseluruhan tubuh badan.
✅
Ibu bapa juga perlu sentiasa ingatkan dan melatih anak-anak supaya tidak mengambil makanan yang tinggi kandungan Gula dan Garam untuk mengelakkan risiko kepada penyakit kronik yang lain.
Dengan pengambilan Nutrisi makanan yang seimbang, berkualiti serta secara teratur, insyaAllah akan memberikan impak positif kepada perkembangan kanak-kanak dan ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Bersambung...


SIRI 1..𝑵𝒖𝒕𝒓𝒊𝒆𝒏 𝑯𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏, 𝑺𝒖𝒂𝒕𝒖 𝑷𝒆𝒓𝒋𝒖𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏! |Aafiyat Olive House

 𝑵𝒖𝒕𝒓𝒊𝒆𝒏 𝑯𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏, 𝑺𝒖𝒂𝒕𝒖 𝑷𝒆𝒓𝒋𝒖𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏!

—————————————————

Mendekatkan anak-anak kepada Pemakanan Sihat kadang-kadang terasa seperti sedang bertempur di medan perang.
Tersalah bedilan, mungkin mengena semula kepada diri sendiri.
Semakin subur dan hijaunya sesuatu makanan yang dihulurkan, semakin besar impak perjuangan yang dirasakan.
Walau bagaimanapun, perjuangan ini harus kukuh tersemat di hati sanubari para ibu bapa. Anak-anak perlu sentiasa dihidangkan dengan nutrisi makanan harian yang menyokong tumbesarannya serta tetap sihat dan kuat.
Jangan ambil mudah dan biarkan sewenang-wenangnya mereka mengambil makanan yang tiada nutrisi penting seperti makanan segera dan juga jenis gula-gula.
Maka, disinilah letaknya 𝒏𝒊𝒍𝒂𝒊 𝒔𝒆𝒃𝒖𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒓𝒋𝒖𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏.
Sekiranya mereka gagal memperolehi Nutrien penting dalam Pemakanan Harian, risiko untuk berhadapan situasi kebantutan sangatlah tinggi.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kebantutan bukan semata-mata berkaitan masalah ketinggian, tetapi ia juga satu petanda kepada tahap kesihatan yang berpunca daripada malnutrisi, jangkitan berulang kali dan kurang stimulasi psikososial.


#SihatBersamaOLIVE_HOUSE

-WeBeginWithNature

PencetusSenyumanSemulajadi



Thursday, 3 December 2020

DELIMA..'BUAH DARI SYURGA' ..SEHEBAT NAMA DAN JUGA KHASIATNYA..JOM BACA DIBAWAH.. |Aafiyat Olive House


JIKA anda sedang mencari buah-buahan yang segar dan menyihatkan, maka buah delima patut masuk dalam senarai..

ia juga merupakan salah satu makanan sunnah dan buah-buahan syurga.

Ini kerana ia cukup tinggi dengan kandungan antioksidan, selain nutrisi seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B9 dan kalium.

Berikut adalah beberapa manfaat jus delima untuk kesihatan tubuh anda.


1. Mengurangkan radikal bebas

Delima kaya dengan antioksidan. Bijinya yang cerah turut mengandungi polifenol yang merupakan zat antioksidan yang mampu mengurangkan radikal bebas.

Jus buah delima pula mengandungi kadar antioksidan yang lebih tinggi berbanding buah-buahan lain.

Bahkan, kadar antioksidannya tiga kali ganda berbanding teh hijau dan anggur.



2. Melambatkan simptom Alzheimer

Penyakit alzheimer disebabkan oleh kerosakan sel otak secara perlahan sehingga pada satu tahap ia akan mati. Ia akan menyebabkan pesakit menjadi pelupa dan tidak mempunyai kemampuan sosial.

Kandungan antioksidan dalam jus delima diyakini dapat membantu memperlambatkan penyakit itu. Antioksidan dalam jus delima yang tinggi diyakini dapat meningkatkan daya ingatan.



3. Menjaga sistem penghadaman

Jus delima membantu mengurangkan masalah radang pada usus dan menjaga kesihatan sistem penghadaman. Bagi yang mengalami masalah penyakit crohn dan penyakit berkaitan peradangan usus yang lain, maka delima sangat memberi manfaat.

Cuma, bagi yang mengalami masalah cirit-birit, sebaik-baiknya hindari buah atau jus delima sehingga keadaan sudah pulih.


4. Baik untuk kesihatan jantung

Jus delima juga baik untuk kesihatan jantung anda. Ini kerana ia dapat meningkatkan aliran darah serta mencegah pembuluh arteri agar tidak menjadi kaku.

Tidak hanya itu, ia turut membantu menstabilkan tekanan darah.


5. Meningkatkan prestasi seksual

Manfaat menarik lain daripada jus delima ia dapat meningkatkan prestasi seksual dan kesuburan. Ia berikutan kandungan antioksidan, zat dalam mengendalikan radikal bebas yang menyebabkan tekanan oksidatif.

Tekanan oksidatif ini memang dikaitkan dengan disfungsi sperma dan penurunan kesuburan pada wanita. Tak hanya itu, jus delima juga berfungsi untuk meningkatkan testosteron pada lelaki mahupun wanita.


Apa tunggu lagi ? Dapatkan sekarang;




#SihatBersamaOLIVE_HOUSE

-WeBeginWithNature

PencetusSenyumanSemulajadi