AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Wednesday, 28 October 2015

Masalah Penyakit Sopak




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Sopak):

Assalamu'alaikum. Doktor, saya hendak bertanya, bagaimanakah produk Quranic Food membantu dalam merawat penyakit sopak? Apakah puncanya dan bagaimana cara mencegah penyakit ini? Mohon pencerahan daripada doktor Olive House. Terima kasih.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Penyakit sopak atau vitiligo adalah sejenis penyakit kulit di mana terdapat kehilangan pigmen di sesetengah kawasan kulit menyebabkan terlihatnya tompokan-tompokan putih di kulit. Sebabnya masih belum diketahui namun ianya dipercayai sangat berkaitan dengan pemakanan dan racun persekitaran. Pati minyak zaitun boleh disapu di seluruh tubuh dan boleh amalkan meminumnya sekali. Antara petua lain adalah menggosok bahagian yang terlibat dengan bahagian dalam kulit pisang atau daun selasih(basil) yang diperah dengan asam limau. Buah teen boleh juga di panggang dan kemudian ditumbuk bersama sedikit minyak zaitun untuk dijadikan pes dan disapu ke bahagian bermasalah. Wallahu a'lam.


SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Friday, 23 October 2015

MASALAH JEREBU (Part 2)




SINERGI PRODUK DAN MASALAH JEREBU (Part 2):

Nukilan: Nurshamimi De Olivia
Tarikh: 08.10.2015

Oleuropein’ juga merupakan sejenis antioksida dan anti keradangan yang terdapat dalam dalam Minyak Zaitun Olive House yang khasiatnya adalah 400 kali ganda berbanding Vitamin C! Diperolehi daripada buah Zaitun yang Hijau dan berfungsi menguatkan sistem pertahanan tubuh badan manusia dalam menongkah badai melawan radikal bebas yang menganggu di saluran pernafasan dan mengakibatkan kegatalan dan keradangan yang berlaku di tekak, hidung dan mata, berlaku jangkitan kuman di paru-paru dan menganggu fungsi organ jantung.

Khasiat Asid Lemak Yang Perlu iaitu Omega 3 & 6 yang terdapat dalam Pati Minyak Zaitun Olive House bertindak sebagai anti keradangan,merawat keradangan yang berlaku di saluran pernafasan. Omega 3 ini juga membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan manusia. Selain itu, antioksida ‘Beta Carotene’ juga terdapat dalam Pati Minyak Zaitun Olive House yang diperlehi daripada buah Zaitun yang berwarna oren kemerahan. Khasiat ‘Beta Carotene’ ini ialah melindungi mata, paru-paru dan meningkatkan kecekapan salur darah membawa oksigen ke seluruh badan serta sebagai perisai kepada paru-paru daripada kesan pencemaran udara. Vitamin C dan yang terdapat dalam Pati Minyak Zaitun Olive House turut berperanan mengekalkan tisu paru-paru yang sihat.

Jus Delima keluaran Olive House ialah 100% delima dengan teknik perahan yang lembut demi pengekalan kualiti dan khasiat yang optimum. Antioksida dan anti keradangan di dalamnya seperti ‘Flavonoid’ memelihara fungsi paru-paru dan jantung yang sihat. Saya sangat menggalakkan agar menSINERGI pengambilan Jus Delima ini bersama-sama Minyak Zaitun bertepatan dengan ayat Al Quran, Surah Al An’am ayat 141, di mana Allah meletakkan buah Zaitun dan Delima bersama-sama dalam satu ayat. Buah Zaitun yang ‘sama warna dan daunnya’ yang dinukilkan dalam ayat ini, boleh saya huraikan sedikit daripada sudut khasiatnya. Khasiat antioksida yang namanya ‘Anthocyanin’, ‘Flavonoid’ dan ‘Beta Carotene’ terdapat dalam kedua-dua buah Zaitun dan Delima. Hakikat persamaan ini sangat ketara yang memberikan warna oren kemerahan pada kedua-dua buah, tetapi yang dirakamkan juga dalam ayat 141, Surah Al An’am ini ialah ‘tidak bersamaan rasanya’. Sudah tentu rasa dan KHASIATnya juga ada perbezaan, umpamanya dari segi kemampuan antioksida dalam kedua-dua buah meresap ke dalam salur darah dalam badan manusia dan nilainya apabila diuji kandungan air kencing. Di sinilah menunjukkan signifikasi menSINERGIkan kedua-duanya kerana selain dapat menampung antara satu sama lain, masih banyak juga lagi khasiat vitamin dan mineral yang ada dalam buah Delima, tetapi tiada dalam buah Zaitun. Contohnya, khasiat mineral ‘Selenium’ yang sangat bagus diamalkan bagi merawat keradangan yang berlaku di saluran pernafasan dan membantu dalam proses membaiki sel-sel yang rosak. Kelebihan ‘Selenium’ ini selain daripada sejenis mineral, tindakannya dalam badan manusia juga tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai antioksida kerana hampir menyamai fungsi antioksida pada tubuh badan manusia. ‘Selenium’ ini HANYA ada pada buah Delima, tetapi tidak pada buah Zaitun.

Magnesium’, ‘Choline’ dan Vitamin A yang ada dalam Jus Delima juga membantu rawat, mengekalkan fungsi paru-paru yang sihat dan mengawal serangan asma akibat terdedah kepada udara berjerebu. Kelebihan lain yang ada dalam Jus Delima Olive House ialah mineral ‘Potassium’ yang membantu organ jantung berfungsi dengan baik. Sari Cuka Buah Teen juga sangat disarankan SINERGI bersama-sama Jus Delima dan Pati Minyak Zaitun. Khasiat Asid Asetik Organik dan mineral ‘Potassium’ dalam Sari Cuka Teen Olive House ini sangat bagus membaantu melancarkan fungsi organ jantung serta merawat keradangan yang berlaku di saluran pernafasan. Asid asetik organik juga boleh digunakan untuk mencuci mata yang terasa gatal-gatal, dengan syarat, perlu dicampurkan dengan air terlebih dahulu. Kemudian, celupkan sedikit kapas ke dalam campuran tadi dan cuci mata tersebut. Kelebihan Sari Cuka Teen Olive House ialah diperoleh daripada Buah Teen yang penanamannya secara Organik, diperam dalam tong kayu yang juga menyumbang kepada TINGGInya nilai khasiat yang ada dalam Sari Cuka Teen Olive House ini. Keistimewaan Cuka Buah Teen yang terhasil dari penapaian dalam tong kayu adalah TIDAK ditapis atau dikenakan pemanasan menyebabkan ‘MOTHER’ dalamnya kekal terpelihara dan berkualiti tinggi. Jangan lupa berdoa kepada Allah S.W.T agar diberikanNya kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaNya dengan sempurna. Dia yang memberikan penyakit dan sudah pasti Dia Maha Menyembuh. Mohonlah dengan penuh pengharapan. Wallahua’lam.


Wednesday, 21 October 2015

MASALAH JEREBU (Part 1)






SINERGI PRODUK DAN MASALAH JEREBU (Part 1):

Nukilan: Nurshamimi De Olivia
Tarikh: 06.10.2015

Jerebu ialah situasi di mana cahaya matahari disekat pancarannya ke bumi dan menyebabkan kekurangan jarak pandangan mata kasar atau kabur. Hal ini berlaku apabila wujudnya peningkatan bahan-bahan terampai dalam atmosfera bumi yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar seperti habuk, debu, jelaga, asap dan lain-lain yang dihasilkan oleh fenomena semulajadi alam seperti letupan gunung berapi dan kebakaran hutan. Jerebu juga di sumbangkan oleh aktiviti manusia seperti kegiatan perindustrian, kenderaan bermotor, pembakaran terbuka dan lain-lain. Jarak penglihatan/pandangan menjadi terhad iaitu kurang dari 1 kilometer.

Situasi ini bukan lagi benda baru bagi seluruh rakyat Malaysia ketika ini, malah ia sudah menjadi seperti ‘acara’ tahunan’ bagi rakyat Malaysia khasnya dan negara-negara yang berjiran dengannya amnya. Apabila diteliti semula akan peristiwa jerebu ini, ia berpunca daripada ‘tangan-tangan manusia’ sendiri yang sering melakukan kebinasaan di atas muka bumi ciptaanNya. Pembakaran hutan secara terbuka di kawasan Sumatera, Indonesia memberi impak yang sangat besar kepada negara yang berjiran dengannya iaitu Singapura dan Malaysia. Implikasinya sangat dirasai oleh hidupan di atas muka bumi Malaysia ini termasuklah manusia, dek kerana peningkatan bahan-bahan kimia terampai seperti Karbon MonoksidaSulfur DioksidaNitrogen DioksidaPlumbum dan lain-lain yang menyebabkan permasalahan terutamanya di saluran pernafasan. Di antaranya adalah batuk berkahakkegatalan yang luar biasa di tekakhidung dan mataasmabronkitismelemahkan pengecutan jantung, merendahkan jumlah oksigen yang dibawa oleh darah serta merosakkan sistem saraf dan otak. Hakikatnya, permasalahan ini dapat dibantu rawat dengan makanan yang kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan seharian, InsyaAllah.



Alhamdulillah, manfaat yang ada pada ‘Quranic Food’ (ZaitunDelimaAnggurKurma & Teen) yang Allah SWT telah rakamkan dalam Al Quran seperti pada Surah Al-An’am ayat 99 dan 141, serta dalam Surah At-Teen ayat 1 merupakan makanan yang tinggi khasiatnya. Boleh juga kita istilahkan sebagai ‘nutritional food’. Ada hikmah yang sangat besar yang Allah mahu manusia berfikir mengapa 5 makhluk hebat ini Dia letakkan bersama-sama dalam satu ayat di beberapa tempat dalam Al Quran. Malahan dalam Hadis-hadis Soheh juga turut dinukilkan 5 Makhluk Allah ini.

Hari ini, kajian-kajian Sains Moden telah membenarkan apa yang telah awal dinukilkanNya dalam Al Quran tentang khasiat dan manfaat ‘Quranic Food’ ini dalam membantu rawat banyak masalah, termasuk implikasi daripada cuaca berjerebu ini. Umpamanya Zaitun. Olive House mengambil inisiatif mengeluarkan produk Zaitun dalam bentuk minyak demi pengekalan kualiti dan khasiat yang optimum. Antioksida dalam Minyak Zaitun Olive House bertindak membungkus atau mewujudkan pelincir di sekeliling tekak yang sudah berlaku keradangan akibat tindakan bahan-bahan kimia terampai yang telah disedut masuk ke saluran pernafasan. Contoh antioksida dalam Minyak Zaitun Olive House ialah ‘Hydroxytyrosol’ yang mempunyai zarah yang sangat halus dan keupayaannya yang mampu meresapi ke lapisan saluran darah di otak menjadikannya antioksida terbaik. ‘Hydroxytyrosol’ ini diperoleh daripada buah Zaitun yang muda iaitu berwarna Hijau dan juga terdapat di bahagian daun Pohon Zaitun. Ia akan bertindak melindungi dan merawat sistem saraf dan otak manusia yang terganggu dengan peningkatan bahan kimia Plumbum dalam udara sekeliling kita.

Monday, 12 October 2015

Masalah Penyakit Sindrom Apert




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Sindrom Apert):

Assalamualaikum doktor. doktor. Bagaimana untuk merawat penyakit sindrom Apert melalui pemakanan Quranic Food dan lain-lain? Benarkah masalah ini berkaitan dengan masalah kelainan genetik yang menyebabkan kecacatan pada tengkorak, muka, kaki, tangan, jari? Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Sindrom Apert adalah dikatakan sebagai masalah genetik yang menyebabkan sesetengah tulang dan tisu perantara pada bayi bercantum dengan cepat sebelum proses pemanjangan yang sepatutnya berlaku. Ini menyebabkan struktur tulang menjadi tidak sempurna dan percantuman tulang tengkorak menyebabkan kesukaran bagi otak untuk berkembang. Ia juga menyebabkan jari-jari bercantum. Amatlah sukar bagi saya untuk menyatakan penyakit ini boleh dirawat namun kita sebagai orang Islam haruslah percaya setiap penyakit ada ubatnya. Saya percaya juga penyakit ini disebabkan amalan pemakanan yang tidak betul dan racun persekitaran. Seeloknya, amalkan semua Quranic Food dan jaga pemakanan hariannya dan lihat perkembangan penyakit ini.


SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Wednesday, 7 October 2015

Masalah Kanser Testis




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kanser Testis):

Assalamu’’alaikum doktor. Saya hendak tanya suami saya ada kanser testis. Telah complete Kimo 6 Cycle dan last kimo bulan 2 tahun ini. Baru-baru ini, kami pergi dapatkan khidmat dari O & G untuk plan dapatakn baby tetapi doktorinfertility bagitahu sperma suami abnormal maksudnya kepala & kaki tidak bercantum seperti sperma yang normal. Sekarang, suami hanya ada satu testis sahaja. Soalan saya bolehkah atau adakah supplement yang dapat membantu masalah suami tentang spermanya ini? Lagipun sekarang kami tengah menunggu result dari oncology sama ada kanser masih ada atau aktif di kawasan badan yang lain. Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Rawatan kemoterapi memang menyebabkan kecacatan pada sperma dan mungkin juga pada testis yang tinggal menyebabkan sperma yang dihasilkan tidak normal. Rawatan sekarang adalah bertujuan untuk membaiki testis yang tinggal agar dapat hasilkan semula sperma yang normal. Langkah pertama, puan dan tuan haruslah membetulkan niat dan yakin bahawa anak adalah benar-benar kurniaan rezeki dari Allah, bukan atas kehendak kita. Dengan membetulkan niat, kita dapat membersihkan tubuh dan sistem endokrin kita. Tubuh badan kita akan melakukan proses baik pulih sendiri sekiranya dibekalkan dengan bahan-bahan yang baik. Untuk peringkat awal, saya nasihatkan mengambil minyak zaitun biasa dan olivie plus 30x sebanyak 3 kali sehari, 2 sudu (mulakan dengan dos rendah dahulu, lihat healing effect), jus delima 100ml sehari. Cuka teen dijadikan minuman harian dengan memasukkan 2 sudu kecil dalam minuman harian. Elakkan makanan bergandum dan bergula putih juga susu lembu. Boleh juga amalkan date pollen atau serbuk debunga kurma setiap hari kerana ia terbukti membantu meningkatkan kualiti sperma yang dihasilkan. Banyakkan amalan harian dan tingkatkan keimanan kepada Allah S.W.T. dan semoga terus sabar dalam perjuangan ini. Wallahu A'lam.


SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Tuesday, 6 October 2015

Masalah Patah Tangan & Disimen




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Patah Tangan & Disimen):

Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya doktor berkenaan anak saya yang baru patah tangan bahagian lengan kanan, anak saya terjatuh di sekolah. Anak saya berumur 9 tahun dan telah disimen tangannya. Mohon pandangan doktor, bagaimana produk Olive House/ Quranic Food boleh membantu masalah tersebut. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Semua Quranic Food membekalkan nutrisi yang tinggi dan menggalakkan proses penyembuhan. Manakala makanan proses dan mempunyai bahan kimia yang tinggi pula merencat dan melambatkan proses kesembuhan.jaga pemakanan anak di samping memberikan Quranic Food, maka tubuh badan yang Allah ciptakan ini akan dapat melakukan proses baik pulih dengan cepat. Berikan minyak zaitun pada dos 2 sudu 3 kali sehari, jus delima 50mls sehari dan cuka teen setiap kali selepas makan 2 sudu teh. Amalkan juga buah kurma, buah teen dan al manna. Elakkan karbohidrat ringkas (refined carbohydrates).


SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Sunday, 4 October 2015

Masalah Kerap Mengalami Sawan




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kerap Mengalami Sawan):

Assalammu'alaikum doktor. Adakah produk Olive House sesuai untuk orang yang kerap kena sawan & bagaimana cara pngambilannya dan pencegahan sawan. Mohon pencerahan dan terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Penyakit sawan mempunyai banyak sebab. Amalan Quranic Food boleh diambil seperti biasa dengan cara dimulakan dengan dos rendah dan dinaikkan mengikut kesesuaian. Amalan berbekam amat bagus untuk masalah sawan. Wallahu a'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa'alaikumsalam. Sawan berpunca dari aktiviti elektrik otak yang membawa rangsangan bertindak secara tidak normal menyebabkan refleksnya berlaku kurang atau melebihi normal. Ianya perlu di diagnos melalui electroencephalogram (EEG) bagi memastikan jenis sawan yang dihidapi. Rawatan biasa ialah melalui ubatan yang menghalang elektrotransmitter dari melekap pada reseptornya seterusnya menghalang serangan sawan. PMZ serta SCT mampu membantu kestabilan aktiviti otak serta pembentukan rangkaian sel-sel otak yang baru yang masih di dalam kajian.



SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Thursday, 1 October 2015

SINERGI Produk OLIVE HOUSE & FIBROID (Part 1)



Ini adalah gambar rajah struktur bagi rahim wanita. Secara anatominya, system reproduktif wanita terdiri daripada:
Rahim Uterus (terdiri daripada pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari

Masalah fibroid, iaitu sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim wanita yang terdiri daripada pelbagai saiz dari sekecil kacang hingga sebesar buah tembikai, yang terjadi kepada kira-kira 20-50% wanita dan 99% dari kes fibroid ini adalah bukan kanser. Antara tandanya ialah merasa senak di bahagian bawah abdomen, sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang, masalah pendarahan yang abnormal seperti kitaran haid yang panjang atau darah haid yang terlalu banyak dan juga kesakitan semasa hubungan kelamin suami isteri. Tiada kajian dan bukti yang jelas mengenai punca sebenar terjadinya fibroid, tetapi dikaitkan dengan ketidakseimbangan paras hormon Estrogen dan Progesteron di dalam badan. Ahli perubatan berpendapat faktor yang mempengaruhi berlakunya fibroid adalah lambakan Estrogen sintetik dalam badan iaitu XenoestrogenXeno bermaksud asing. Xenoestrogen bermaksud hormon estrogen asing, iaitu yang bukan dihasilkan oleh badan dan adalah sintetik.

Xenoestrogen terdapat di sekeliling kita, di dalam alat solek seperti gincu, bedak, krim pencerah muka, dalam air minuman dan ais krim, dalam mandian dan bahan pencuci pakaian, dalam barangan plastik mengisi makanan, dalam makanan seperti soya, keju, susu, daging yang disuntik hormon tumbesaran, dan sebagainya. Pendedahan harian ini tanpa kita sedar telah meninggikan paras hormon Estrogen di dalam badan dan sukar disingkirkan melalui hati. Lambakan estrogen sintetik ini di dalam badan, maklumat dari otak ke ovari untuk menghasilkan estrogen asli tidak akan berlaku.

Selain itu, faktor Obesiti atau berat badan berlebihan juga turut merangsang kenaikan paras hormon Estrogen dalam badan. Apabila situasi ini berlaku, ia akan merangsang pertumbuhan Fibroid samada di dalam rahim atau di luar rahim dan juga pada lapisan otot rahim.

Alhamdulillah, kelebihan dan manfaat yang ada pada ‘Quranic Food’ ( Zaitun, Delima, Anggur, Kurma & Teen) yang Allah S.W.T telah rakamkan dalam Al-Quran seperti pada Surah Al-An’am ayat 99 dan 141, serta dalam Surah At-Teen ayat 1 sangat membantu dalam proses merawat masalah fibroid ini. Ada hikmah yang sangat besar yang Allah mahu manusia berfikir mengapa 5 makhluk hebat ini Dia letakkan bersama-sama dalam satu ayat di beberapa tempat dalam Al-Quran. Malahan dalam hadis-hadis sahih juga turut dinukilkan 5 makhluk Allah ini.

Hari ini, kajian-kajian Sains Moden telah membenarkan apa yang telah awal dinukilkan-Nya dalam mukjizat hebat ummat Nabi Muhammad iaitu Al-Quran tentang khasiat dan manfaat ‘Quranic Food’ ini dalam membantu rawat banyak masalah, termasuk Fibroid. Umpamanya Zaitun. 

Olive House mengambil inisiatif mengeluarkan produk Zaitun dalam bentuk minyak demi pengekalan kualiti dan khasiat yang optimum. Antioksida dalam Minyak Zaitun Olive House bertindak melindungi sel-sel badan manusia daripada kesan tindakan radikal bebas berpunca daripada bahan-bahan kimia sekeliling kita termasuk dalam udara, makanan dan sebagainya. Contoh antioksida dalam Minyak Zaitun Olive House ialah ‘Hydroxytyrosol’.

Penulis: Mimi De Olivia

SumberOlive House
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)