AAFIYAT OLIVE HOUSE

AAFIYAT OLIVE HOUSE
"Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, berubatlah kalian tapi jangan dengan yang HARAM."-(HR Abu Daud)

Monday, 28 September 2015

Masalah ‘Tarik/Simpul Mengkarung’ & ’Krem’




Soalan Dari Pelanggan (Masalah ‘Tarik/Simpul Mengkarung’+’Krem’):

Assalamualaikum doktor. Saya kerap terjadinya ‘tarik mengkarung’ pada betis & jari-jari kaki. Terlampau kerap sangat sekarang ini sehingga ‘krem’. Mengapakah ia selalu dan kerap berlaku? Bagaimana MZ/SCT dan Quranic Foods dapat membantu?


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Masalah kejang saraf mungkin disebabkan oleh penyempitan pada jalan keluar saraf dari tulang belakang (nerve entrapment) yang menyebabkan sakit dan kejang sepanjang peha hingga ke kaki (sciatic pain) atau ketidakstabilan garam elektrolit seperti sodium di dalam badan. Jika puncanya ialah tulang belakang yang menekan saraf, boleh dicuba rawatan kiropraktik bagi membetulkan alignment tulang belakang. Makan MZ dengan dos yang tinggi bagi mengurangkan radang saraf yang terlibat serta amal SCT untuk keseimbangan garam elektrolit.


Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Masalah 'cramp' dan tarik mengkarung biasanya disebabkan otot yang bermasalah. Ini juga berkaitan dengan sensitivity gluten dan elakkan gandum, gula putih dan susu. Banyakkan pemakanan sihat di samping MZ dan SCT, contohnya chia seed, sesame seed, kunyit hidup dan lain-lain. Tolong hentikan tabiat menggunakan susu pekat manis untuk membancuh minuman.

Untuk pengetahuan semua, gula putih yang kita makan akan menyebabkan mineral dalam tulang dan otot terpaksa dikeluarkan untuk menyeimbangkan semula komposisi darah akibat mengambil gula putih yang tidak seimbang mineralnya. Lama-kelamaan, keupayaan otot dan tulang akan berkurangan. Wallahu'alam.


SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Monday, 21 September 2015

Panduan Pengambilan MINYAK ZAITUN Terbaik




Soalan Dari Pengguna (Panduan Dos MZ Terbaik):

Assalamuálaikum doktor. Mohon panduan untuk amal minyak zaitun dos yang betul. Pesakit kencing manis dah 2 tahun dialisis dan mempunyai permasalahan jantung. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Teruskan ubatan hospital dan follow-up. Ubah cara kehidupan dan pemakanan supaya organik dan mengikut sunnah. Berpuasa 2 kali seminggu, makan hanya ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, aktiviti fizikal 3 kali seminggu 20 minit setiap sesi. Amalkan PMZ dan SCT dengan dos yang tinggi (4 sudu ke atas sehari). Belajar untuk mengenali tanda-tanda kecemasan bagi setiap penyakit yang dihidapi & belajar untuk memantau penyakit sendiri (bacaan tekanan darah dan gula). Bila keadaan semakin stabil dalam 3-6 bulan, kurangkan ubatan hospital dan sebaik-baiknya dengan arahan doktor setelah melihat kestabilan penyakit dalam setiap follow-up.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. InsyaAllah, amalkan dos yang kecil untuk permulaan(2 sudu sehari sekali) dan selepas itu naikkan dos secara perlahan-lahan. Berbekam wajib dilakukan.


SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Tuesday, 15 September 2015

Masalah Saraf & Sari Cuka Teen(SCT)




Soalan Dari Pengguna(Masalah Saraf & SCT):

Assalamu'alaikum. Saya hendak buat pertanyaan, saya ada sakit saraf dan bolehkah saya minum Sari Cuka Teen ini?


Jawapan Dari Dr. Hafizah:


Wa’alaikumsalam. Penyakit saraf yang bagaimana agaknya ya? Walau apa pun, cuka teen ini memang sangat bagus untuk otak dan saraf kerana ia mengandungi vitamin-vitamin untuk kedua-duanya juga iaitu mangan dan choline yang melindungi otak dari kerosakan dan meningkatkan kepekaan saraf.


Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Masalah kejang saraf mungkin disebabkan oleh penyempitan pada jalan keluar saraf dari tulang belakang (nerve entrapment) yang menyebabkan sakit dan kejang sepanjang peha hingga ke kaki (sciatic pain) atau ketidakstabilan garam elektrolit seperti sodium di dalam badan. Jika puncanya ialah tulang belakang yang menekan saraf, boleh dicuba rawatan kiropraktik bagi membetulkan alignment tulang belakang. Makan Pati Minyak Zaitun dengan dos yang tinggi bagi mengurangkan radang saraf yang terlibat serta amal SCT untuk keseimbangan garam elektrolit.


SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Monday, 14 September 2015

Masalah Sakit Sendi Tengkuk




Soalan Dari Pengguna(Masalah Sakit Sendi Tengkuk):

Assalammu’alaikum doktor. Saya mengidap kesakitan di bahagian tengkuk. Sekarang ini merebak di bahu hingga tulang belakang. Doktor neuro diagnos sebagai funtional dis orde dan saya pernah buat rawatan radiofrrquency tapi doktor yang rawat saya ini pula diagnos saya sebagai sendi facet ditengkuk (keradangan di tulang tengkuk arthritis). Bolehkah minyak zaitun dan cuka teen saya jadikan supplement dengan kesakitan ini? Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Prolapse intervertebral disc: Masalah kesihatan ini berlaku apabila terdapat tekanan di antara ruas tulang belakang menyebabkan penyempitan jalan keluar saraf di antara tulang tersebut. Rawatan moden yang diuruskan oleh pakar orthopedik ialah dengan pembedahan di ikuti oleh fisioterapi. Rawatan kiropraktik juga mampu membetulkan keadaan tulang belakang. Selepas kiropraktik, barulah Minyak Zaitun(MZ) & Sari Cuka Teen(SCT) boleh berperanan mengurangkan inflamasi saraf yang terlibat. Selagi tekanan & penyempitan tidak dibetulkan dengan pembedahan atau kiropraktik, inflamasi saraf tetap akan berlaku menyebabkan sakit dan lemah di kawasan organ yang terlibat.

Sakit tengkuk @ cervical vertebral arthritis: Masalah keradangan ruas tulang belakang perlu dirujuk kepada pakar ortopedik atau pakar kiropraktik. Jika pemeriksaan menunjukkan tiada tulang yang menekan saraf dan doktor hanya memberi ubat penahan sakit dan merujuk kepada fisioterapi, maka amalkan MZ & SCT yang direkodkan mempunyai sifat anti-inflammatory (mengurangkan radang saraf) dan analgesic (penahan sakit) yang alami (natural) tanpa sebarang kesan sampingan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Cuka teen dan minyak zaitun serta Quranic Food lain memang patut dijadikan makanan wajib semua pesakit bahkan juga yang sihat. Semua jenis inflamasi atau keradangan adalah proses yang sepatutnya berakhir dengan pembaikan tisu. Namun, bila badan tidak mendapat khasiat yang diperlukan maka badan akan terus menjalankan proses inflamasi tadi maka kena hentikan penghasilan radikal bebas dengan mengelakkan makanan proses.



SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Friday, 11 September 2015

Masalah Keradangan Sendi+Arthritis+Gout




Soalan Dari Pengguna(Masalah Keradangan Sendi+Arthritis+Gout):

Assalammu’alaikum. Sahabat saya gout/radang sendi. Salah makan akan bengkaklah sendi²nya terutama kaki hingga tidak boleh berjalan. Bagaimanakah amalan yang sepatutnya dengan Minyak Zaitun dan Quranic Food?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Radang sendi/gout:

Secara asasnya ianya adalah penyakit di mana terdapatnya inflamasi pada sendi. Inflamasi (proses pertahanan tisu dari kerosakan yang berterusan). Dalam kes gout, asid urik menjadi terlalu tinggi dalam darah dan seterusnya bergumpal menjadi kristal di sendi. Bukan semua orang yang mempunyai paras asid urik yang tinggi akan terkena gout. Menurut kajian hanya 10% dari mereka yang mempunyai paras asid urik yang tinggi (hyperuricemia) akan terkena gout. Menurut kajian, 90% dari kes ini disebabkan ginjal gagal mengeksresi asid urik ini, hanya 10% disebabkan penghasilan dari makanan.

Maka sekali lagi ianya adalah masalah pada buah pinggang disebabkan pemakanan kita yang terlalu banyak menghasilkan perubahan kimia dan seterusnya penghasilan radikal bebas maka lebih banyak sel yang akan musnah dan buah pinggang harus menyeimbangkan banyak perkara seperti pH darah, paras elektrolit dan pelbagai lagi lalu ini juga mengganggu ekskresi asid urik.

Remedinya:

Berhenti ambil ubat tahan sakit kerana ubat ini menyekat proses inflamasi. Kita tidak mahu inflamasi berhenti sekiranya terdapat ancaman kepada sel, inflamasi memelihara sel kita.

Jadi apa yang patut kita buat adalah membantu badan agar punca proses inflamasi itu dikeluarkan dan mempercepatkan inflamasi yang sedia ada agar ia selesai dan proses baik pulih akan berlaku.

Minyak zaitun akan menolong  mengawal penghasilan radikal bebas. Sapukan juga minyak zaitun disendi yang terlibat.

Bekam akan mempercepatkan penyingkiran sisa-sisa inflamasi keluar dari tubuh dan juga membantu fungsi buah pinggang membuang asid urik berlebihan.

Antara remedi lain adalah kunyit hidup iaitu sebanyak 250mg hingga 500 mg, 3 kali sehari. Juga boleh dicuba bijan (sesame seed) sebanyak 40gram sehari (4 sudu besar). Allah S.W.T tidak menurunkan penyakit kecuali Allah telah menurunkan penawarnya. Semuanya telah tersedia. Just search and try. We don't need invention.

Di samping itu, cuka Teen juga boleh menolong tubuh mengekalkan pH alkali darah (7.35-7.45). Dan ini mengurangkan pembentukan deposit kristal asid urik pada sendi malah menolong menghancurkan kristal yang sudah terbentuk.

Selain meminum cuka Teen, sendi yang terlibat boleh direndam dalam air cuka tersebut atau pun cuka boleh disapu terus pada sendi yang terlibat.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Arthritis/radang sendi:

Radang sendi berlaku disebabkan beban yang berat secara berterusan kepada sendi ataupun autoimun iaitu sistem tubuh sendiri menyerang dan memusnahkan sendi. Bagi gout, pembentukan tophi atau garam kristal di dalam sendi menyebabkan kesakitan ketika bergerak dan bengkak sendi luaran. Terdapat 200 jenis arthritis dan majoritinya tiada rawatan khusus selain steroid bagi merencatkan proses inflammation.

Olive oil yang mempunyai oleocanthal mempunyai aktiviti yang sama seperti ubat penahan sakit dan Omega-6 sebagai pelincir bagi sendi. Gantikan semua minyak dengan olive oil. Bagi rawatan khusus, rendamkan kobis di dalam olive oil dan tekap kepada sendi yang terlibat dan balut selama 3 jam.

Dos pengambilan untuk penyakit ini, 2 sudu fig vinegar + 1 sudu madu dilarut di dalam 1 gelas air, diminum 2 kali sehari. Sifat pengalkalian campuran tersebut mampu menyingkirkan toksin dan mengawal arthritis.


SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Thursday, 10 September 2015

Masalah Penyakit TB / Batuk Kering




Soalan Dari Pelanggan (Penyakit TB/Batuk Kering):

Assalammu'alaikum doktor. Bagaimanakah Minyak Zaitun/Sari Cuka Teen/Buah Teen boleh membantu pesakit yangg mengalami penyakit tibi(TB)?

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam, Penyakit TB adalah jangkitan paru-paru yang kronik hasil jangkitan mycobacterium tuberculosis yang berjaya membuat rumah tangga dan beranak-pinak pada paru-paru manusia yang lemah daya tahan paru-parunya.

Sepatutnya, setiap paru-paru dilengkapi dengan lapisan mukosa yang penuh dengan sel-sel pertahanan. Namun, sel-sel ini boleh musnah akibat terdedah pada asap kimia seperti rokok dan asap kenderaan. Ia juga boleh musnah akibat radikal bebas dari dalam salur darah yang melapisi paru-paru. Minyak zaitun boleh membaiki kembali sistem pertahanan ini secara lokal fan juga sistemik. Sari Cuka Teen dan buah Teen melengkapkan fungsinya sebagai pembekal nutrien untuk saraf dan otak bekerja dengan lebih efisyien mengerah proses baik pulih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

TB/Batuk Kering:

Wa’alaikumsalam, TB ialah jangkitan mycobakteria ke bahagian badan terutamanya paru-paru (90%). Ianya merebak melalui udara dan pesakit biasanya tidak mempunyai simptom (latent infection) dan menjadi pembawa. Simptom seperti batuk berdarah, demam dan peluh malam hanya timbul ketika sistem imun menjadi lemah.

Rawatan utamanya ialah pengasingan (isolasi) sehingga kuman kembali tidak aktif dan antibiotik untuk membunuh kuman mycobakteria sehingga 6 bulan. Olive oil dan fig vinegar membantu dengan membina sistem imuniti dan sifat antibakterianya mengawal aktiviti bakteria agar tidak merebak kepada miliary tuberculosis.


SumberOlive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB PageAsy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Wednesday, 9 September 2015

Penyakit Systemic Lupus Erythematosus(SLE)




Soalan Dari Pengguna(Penyakit SLE-Autoimun):

Assalammu'alaikum doktor. Bagaimana Minyak Zaitun & Sari Cuka Teen boleh membantu pesakit SLE?

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Systemic Lupus Erythematosus(SLE) ialah penyakit autoimmune yang menyerang banyak organ dan menyebabkan kegagalan fungsi terutama kulit dan buah pinggang. Seperti biasa, rawatan autoimmune di hospital ialah steroid bagi mengurangkan inflamasi seterusnya mengelakkan kegagalan fungsi organ tersebut tanpa merawat secara total. Cadangkan overlap dengan Quranic Food dalam dos yang tinggi bagi penyakit yang menjadi misteri di dalam dunia perubatan ini. Menghentikan steroid secara mendadak boleh menyebabkan kerosakan organ yang kekal dalam kes ini.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. SLE adalah penyakit di mana sistem imun menyerang sel tubuh badan sendiri. Pada pandangan doktor barat, sistem imun telah 'mistakenly' menyerang sel sendiri tetapi pada pendapat saya pasti ada sesuatu yang telah terjadi kepada sel itu yang menyebabkan sistem imun tubuh ingin menyerangnya. Mungkin akibat mutations dari free radicals dan sebagainya. Dan mutations ini menyebabkan sel telah berubah menjadi 'sel asing'.

Kebanyakan pesakit SLE yang saya temui memang kuat makan makanan proses terutamanya yang berasaskan gandum, seperti kek, burger, roti, pizza dan sebagainya.

Kunci utama dalam rawatan SLE mestilah berubah  kepada pemakanan semulajadi. Elakkan chemical stabilisers, preservatives, additives, non dairy creamer, marjerin(ganti pure unsalted butter), minyak bunga matahari; canola; soya dan jagung (ganti minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak sawit asli (carotino). Pengambilan PMZ diamalkan dengan 40g sehari untuk permulaan dan kemungkinan memerlukan dos tinggi. Cuka Teen juga amalkan sebagai minuman dan campuran dalam makanan. Amalkan gaya hidup Islam.


Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan semulahouseofquranicfoods.blogspot.com
FB Page: Asy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Tuesday, 8 September 2015

Masalah Batuk Berterusan/Berpanjangan




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Batuk Berterusan):

Assalammualaikum doktor. Apakah cara rawatan yang terbaik untuk batuk yang berterusan/berpanjangan? Pesakit pernah mengidap asma yang teruk dan setelah mengamalkan olive oil unfiltered selama 3 tahun, asmanya berhenti dalam tempoh tersebut kemudian asma serang kembali dengan cara batuk kering yang berlanjutan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Waalaikumsalam. Rawatan terbaik untuk setiap individu adalah berbeza. Jangan berhenti mencuba petua-petua alami untuk batuk. Antaranya halia+madu, air limau+madu, asam jawa+madu dan lain-lain lagi. Apa-apa pun, batuk bukanlah penyakit ianya adalah mekanisma pertahanan badan untuk mengeluarkan bahan-bahan toksin dari tubuh. Jaga pemakanan dan akhlak seharian dan elakkan stress. Wallahua'lam.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Waalaikumsalam. Asma berlaku akibat radang pada lapisan salur pernafasan yang menyebabkan penyempitan pada saluran tersebut menyebabkan pesakit batuk berterusan, sukar untuk bernafas dan mengalami nafas yang berbunyi (wheezing). Puncanya ialah salur pernafasan yang terlebih sensitive (hypersensitivity) pada perubahan luaran dan biasanya berangkai dengan penyakit resdung (allergic rhinitis) dan penyakit kulit (eczema) yang mana berpunca dari masalah reaksi alergi. Ianya berkaitan dengan genetik dan juga keadaan udara yang akan menentukan pada kekerapan penyakit tersebut berulang. Rawatannya bergantung kepada keseriusan symptom asma kerana ada tahap yang boleh membawa maut jika rawatan tidak optimum. Olive oil mampu mengurangkan kekerapan serangan asma melalui sifat anti-inflamasi dengan mengurangkan tahap keradangan pada salur pernafasan.

Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan semula: houseofquranicfoods.blogspot.com
FB Page: Asy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)

Monday, 7 September 2015

Jus Buah Delima & Diabetes

JUS BUAH DELIMA DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PENYAKIT DIABETES

03-09-2015 | Stephen Daniells

Satu kajian baru dari Israel menunjukkan bahawa jus buah delima dapat memberikan faedah kesihatan kepada pesakit diabetis walaupun jus tersebut yang mengandungi kepekatan gula yang ketara. 

Walaupun hasil kajian tersebut hanya dijalankan terhadap jumlah pengguna yang kecil, akan tetapi ianya menggalakkan pengambilan jus buah delima di United Kingdom di mana jualannya telah melonjak naik pada tahun lepas. Penghargaan diberikan terhadap pihak media yang membuat liputan tentang buah-buahan yang kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan kesihatan jantung. Jus buah delima juga dikatakan dapat melindungi daripada kanser prostat dan melambatkan kehilangan tulang rawan bagi pesakit arthritis.

Satu penemuan mengejutkan, kata ketua penyelidik, Profesor Michael Aviram dari dari Rappaport Family for Research di Rambam Medical Center, Haifa, Israel bahawa gula yang terkandung dalam jus buah delima - walaupun sama dalam kandungan yang sama boleh ditemui dalam jus buah-buahan lain – ianya tidak memburukkan penyakit diabetes (termasuk tahap gula dalam darah) pada pesakit, malahan sebenarnya mengurangkan risiko aterosklerosis.

'Dalam kebanyakan jus, gula hadir dengan sendirinya – dan ianya dalam bentuk berbahaya’ jelas Aviram. Akan tetapi gula dalam jus buah delima mempunyai antioksidan yang unik yang menjadikan gula tersebut pelindung terhadap aterosklerosis'

Menurut British CharityDiabetis UK, paras glukosa yang sentiasa tinggi akan meningkatkan pembentukan selaput dan pengerasan saluran darah (aterosklerosis) yang membawa kepada penyakit jantung dan strok.

Penyelidikan terbaru yang diterbitkan dalam Jurnal Atherosclerosis isu bulan Ogos jurnal (Vol 187 muka surat 363-371) melaporkan bahawa subjek yang mengambil 50ml jus buah delima (yang mengandungi 1.5 millimoles polifenol) pada setiap hari untuk tiga bulan mengalami pengurangan risiko untuk penyakit aterosklerosis

10 orang pesakit diabetis tahap dua dan 10 orang yang dikawal kesihatannya direkrut untuk tujuan kajian. Selepas tiga bulan daripada pengambilan suplemen, penyelidik mendapati bahawa pengambilan jus buah delima bukan sahaja tidak memberikan kesan kepada paras glukosa dalam darah, malahan kolestrol dan trigliserida mengurangkan serum lipid peroksida dan tahap TBARS sebanyak 56 dan 28 peratus.

Asid Tiobarniturik Bahan Reaktif (TBARS) adalah ukuran bagi pengoksidaan kolesterol LDL, yang telah dilaporkan sebagai sebahagian besar kepada patogenesis aterosklerosis dan seterusnya menjadi penyebab penyakit jantung.

Ia juga dilaporkan oleh Aviram dan rakan penyelidik bahawa apa yang dikenali sebagai sel-sel makrofaj dalam pesakit diabetis mempunyai pengambilan pengoksidaan LDL lebih cepat berbanding pengawalan yang sihat (37 peratus lebih cepat). Akan tetapi suplemen bersama dengan jus buah delima mengakibatkan penurunan yang  ketara sebanyak 39 peratus.

‘Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa pengambilan jus buah delima oleh para pesakit diabetis tidak memburukkan lagi penyakit diabetis malahan memberi kesan anti-oksidaan pada serum dan makrofaj yang dapat menyumbang kepada pengecilan pembangunan aterosklerosis kepada para pesakit’ 

Masalah Penyakit Psoriasis-Kulit




Soalan Dari Pelanggan (Masalah Penyakit Psoriasis-Kulit):

Assalammu'alaikum doktor. Saya ada kawan yang menghidap penyakit psoriasis di bahagian kepala. Jadi, dari segi pengambilan minyak Zaitun bagaimana? Perlukah ditambah dengan suppliment lain? Mohon pencerahan.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Untuk masalah psoriasis bahagian kepala, amalkan 2 sudu besar pati Minyak Zaitun pagi dan malam. Sapu Minyak Zaitun ke seluruh bahagian kulit kepala dan badan setiap kali selepas mandi sebelum tidur. Cuba elakkan memakan gandum, gula putih dan susu tepung. Tukar syampu yang dipakai sama ada boleh digunakan syampu buatan sendiri atau beli yang organik.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Penyakit kulit seperti psoriasis, ekzema, bisul akar rambut.

Punca penyakit kulit adalah pelbagai dan biasanya diwarisi kerana ianya melibatkan sistem imun yang terganggu. Psoriasis biasanya menyebabkan kulit bersisik (hyperkeratosis) dan radang. Ekzema pula ialah reaksi alergi kepada bahan-bahan luaran yang menyebabkan kegatalan dan bengkak. Bisul akar rambut pula disebabkan penyumbatan kelenjar peluh dan serangan kuman kepada peluh yang terperangkap.

Olive oil bertindak sebagai emolient yang melembabkan kulit serta membentuk lapisan pelindung dari sinar UV yang menjadi punca barah kulit. Ianya menghalang radikal bebas dari menyebabkan radang kulit, mengekalkan kolagen dan elastin menyebabkan kulit tegang seterusnya melambatkan proses penuaan.

Fig vinegar dengan kemampuan antimikrobial membunuh kuman dan kulat yang boleh menyerang kulit. Ia juga memecahkan molekul peluh dan menghalang dari berkumpul pada akar rambut. Seterusnya fig vinegar menstabilkan kadar asid-alkali kulit yang menghalang penyakit kulit sedia ada dari merebak. Cara penggunaan: Campurkan fig vinegar+madu+tanah liat - sapu, balut dan biar sepanjang malam. Juga boleh direndam anggota badan yang terlibat di dalam fig vinegar selama 5 minit. 

Sumber: Olive House Medic & Business.
Nukilan semula: houseofquranicfoods.blogspot.com
FB Page: Asy-Syakirin Enterprise (www.facebook.com/asysyakirin.oliveoil)


Friday, 4 September 2015

Penyakit Saraf Di Muka(Misteri)




Soalan Dari Pengguna(Penyakit Saraf Di Muka):

Assalammu’alaikum. Baru ziarah seorang sahabat yang menghidapi masalah saraf di bahagian muka, jadi ber'akar' & kemudian membengkak. Beliau pernah operation buang mata sebelah kiri & sepatutnya operation untuk buang mata sebelah kanan, hidung & mulut semalam di PPUM, tapi doktor tangguhkan.

Katanya, tidak ada rasa sakit, cuma yang risau apabila telah membengkak, sampai masa akan pecah & berlaku pendarahan yang banyak.

Setakat ini tidak ada ubat yang diberi & dimaklumkan kerana ia kes yang pertama. Juga telah ikhtiar pelbagai cara dan mungkin doktor boleh membantu masalah saya. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Kanser yang tiada harapan sembuh walaupun melalui pembedahan/kemoterapi/radioterapi. Amalkan Quranic Food dengan keyakinan yang mutlak kepada Allah Taala. Walaupun sunnatullah/ hukum alam yang telah diletakkan oleh Allah menyatakan tiada harapan untuk sembuh tetapi qadaratullah/kekuasaan Allah tidak terbatas dan boleh mencarik adat menurut ilmu tauhid . Dalam ilmu perubatan, pesakit ini hanya dirawat secara paliatif, iaitu hanya mengurangkan symptom yang dialami tanpa tujuan penyembuhan/terapeutik. Jika sakit, diberi ubat sakit, jika tidak boleh makan, dimasukkan tiub pemakanan dan sebagainya.

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Sebaiknya, jumpa saya dan one to one counselling. Itu yang lebih baik.

Sumber: Olive House Medic & Business.

Segment OLIVE HOUSE Di TV AlHijrah




📡 JANGAN LUPA ESOK PAGI | LIVE 📺 👉🏻 SABTU 👉🏻 Jam 9.00 PAGI 👉🏻 TV Al-Hijrah . EPISOD 3 | Segment OLIVE HOUSE dalam rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah berkenaan Pati Minyak Zaitun Asli. Perkongsian Ilmu bersama Ustaz Aidil Azwal dan Dr Norman Norawi. 
🚨 Pastikan anda amalkan Pati Minyak Zaitun #OliveHouse kerana;
👉🏻 * Extra Virgin & Press Cold
👉🏻 * Tidak Ditapis
👉🏻 * Tidak Bercampur
. . 💻 Sila layari houseofquranicfoods.blogspot.com (House of Quranic Foods) untuk maklumat lanjut berkaitan produk-produk OLIVE HOUSE.
.
Kepada yang tidak berkesempatan menyaksikan slot EPISOD 1 & 2, kami ada sediakan rakaman untuk anda tontoni semula. Klik link di bawah ini untuk menontonnya!

EPISOD 1: www.youtube.com/watch?v=E8km5ETBjdg (OLIVE HOUSE-Perkongsian Ilmu di TV AlHijrah 1 Ogos 2015)

EPISOD 2: www.youtube.com/watch?v=gysUi1QqzoE (OLIVE HOUSE-Perkongsian Ilmu di TV AlHijrah 15 Ogos 2015)

.

SELAMAT MENONTON! 😊

Thursday, 3 September 2015

Maklum Balas Pelanggan: Sering Sesak Nafas / Mudah Mengantuk / Masalah Bengkak Di Kaki(Gout)




Maklum Balas Pelanggan: Sering Sesak Nafas / Mudah Mengantuk / Masalah Bengkak Di Kaki(Gout)

*Daripada SAZALI BIN DAHLAN (019-9782064)

"Permulaan pengambilan produk ini, kesihatan bertambah baik dari hari ke hari dan masalah bengkak di kaki surut. Saya amalkan pati minyak zaitun(PMZ) 1 sudu sebelum makan, 1 sudu sari cuka teen(SCT) selepas makan dan 1 sudu Olivie Plus 30x sebelum tidur. Pati minyak zaitun , sari cuka teen dan Olive Plus 30x seperti benda ajaib yang dianugerahkan Allah.."

Sumber: Olive House Testimonial